Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2015

Cara Dan Tips Menjaga Payudara

Kesihatan payudara merupakan aset yang terpenting bagi setiap wanita. Oleh itu, setiap wanita haruslah menitik-beratkan penjagaan payudara agar ia kelihatan menarik dan sempurna. 
Berikut adalah beberapa tips untuk penjaggaan payudara:
1. Elakkan sabun terkena di bahagian puting payudara ketika mandi. Sabun boleh menyebabkan bahagian puting payudara merekah.
2. Ramasan payudara. Jika anda sudah bersuami, elakkan suami meramas payudara dari kiri ke kanan. Ini kerana, payudara boleh kendur jika berbuat demikian.
3. Pemakaian coli yang terlalu ketat adalah patut dielakkan. Kalau boleh gunalah coli yang bersesuaian dengan saiz payudara anda.
4. Sentiasa memakai coli. Ini penting agar penting bentuk payudara sentiasa kekal sempurna dengan sokongan coli. Jika tidak memakai bra, payudara akan sentiasa tergantung dan boleh berubah bentuk.
5. Air mani suami. Suami haruslah pancutkan air mani ke atas payudara isteri dan sapukan dengan rata. Teknik ini dapat menegangkan payudara isteri.
6. Elakkan…

Baca Novel Online : Hello Mr. Perfect - Karya Waniey Zakaria (Bab 1 - Bab 23)

SINOPSIS NOVEL HELLO MR.PERFECT

Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek LANGKAH BENDUL walaupun mereka adalah lelaki memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama enam bulan untuknya membuat keputusan. 
Alongnya, Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua.
Tiada pilihan, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongn…

Baca Novel Online : Kau, Aku, Kita - Karya Novelis Orkid Edyliyne (Bab 10)

DARI kejauhan Iman memandang muka tok kadi. Kepala digaru seketika kemudian wajah Iman dan Aus dipandangnya silih berganti. Kadangkala bibirnya tersenyum nipis. Ada kerutan pada dahinya yang memang sedia ada kedut itu.
“Kenapa, tok? Lambat lagi ke kita nak mula ni?” tanya Dato’ Ashari Irfan dekat ke telinga tok kadi. Macam resah aje tok kadi ni. Dia nak menikahkan orang ke, dia yang nak nikah? Sempat hati Dato’ Ashari Irfan bercanda.
“Tak ada apa-apa. Tak pernah kejadian macam ni berlaku. Pelik sekejap. Tak pernah berlaku macam ni. Pengantin lelaki dengan pengantin perempuan, dua-dua nama sama. Iman Firdaus,” jawab tok kadi selamba dengan senyuman nipisnya. Serban di kepala dibetulkan sebelum hendak memulakan segalanya.
Macam main-main pula tok kadi ni, desis hati Iman. Iman dah macam nak terbuang air duduk dekat situ, tok kadi boleh nak lambat-lambat pula. Kalau tidak disebabkan dia berpakaian serba berlabuci dan sulam itu, pantas sahaja dia akan lari mencari tandas, untuk melepaskan…

Baca Novel Online : Kau, Aku, Kita - Karya Novelis Orkid Edyliyne (Bab 9)

AUS memandang wajah Frento dengan dahi yang berkerut. Bukan permintaan dia besar sangat. Itu pun takkan tak boleh nak buat? Kata pereka fesyen profesional yang paling terkenal.
“Are you sure about that, dude? Really, really sure?” Frento membetulkan topi hitam yang berada di atas kepalanya.
“Yup! Aku sangat-sangat serius pasal benda ni.” Aus meyakinkan lagi. “That’s why I called you. Because I know you can make that thing for me.”
Iman yang duduk di sisi Aus tercengang melihat Aus speaking London. Pandai dan hebat rupanya Aus menggunakan bahasa lain selain daripada bahasa Melayu. Kadang-kadang terfikir juga yang dia layakkah dengan Aus? Yalah...Aus kan bergaya, berduit, berpelajaran, berpewatakan hebat dan bermacam-macam lagi. Tapi dia, apa yang dia ada? Berbau ketiak adalah agaknya kalau dah tak mandi beberapa hari. Tapi tidak pada hari itu sebab baru semalam dia ikut mummy Aus yang vouge pergi spa. Dia dah menolak bagai nak rak...tapi terpaksa juga ikut sebab daddy Aus sudah masuk c…

Baca Novel Online : Kau, Aku, Kita - Karya Novelis Orkid Edyliyne (Bab 8)

“IMAN,” gumam Aus sambil sengaja menyenggol lengan Iman yang duduk kaku membeku di sebelahnya.
“Hah?” Iman menoleh pantas, memandang muka Aus. Matanya membulat.
“Kau...okey ke tidak?” tanya Aus lagi. Nak tanya macam tak nak tanya saja gayanya.
“Kenapa kau tanya macam tu?” Iman kembali memandang jalan yang dilalui kereta yang dipandu Aus. Tak laju, tak juga perlahan.
Kadang otak Iman terfikir-fikir, patutlah adik-adik dia suka sangat bila Aus cakap nak ajak berjalan. Memang selesa bila berada dalam kereta Aus. Nyaman. Macam tuan dia juga. Isy, apa aku merepek ni? Iman mendesah dalam hati.
“Yalah. Aku nak tahu. Sama ada kau okey ke tidak. Kau terasa dengan daddy dengan mummy aku eh?” Pantas mulut dia bercakap. Memang patut pun dia ni jadi anak daddy dia. Perangainya sama saja.
Tadi Dato’ Ashari Irfan dengan Datin Raisya datang ke rumah Iman. Dia orang sangat baik sampaikan Iman tak mampu nak cakap apa dah. Dia pula yang naik malu hendak jadi menantu. Wujud lagi rupanya orang kaya yang …

Baca Novel Online : Kau, Aku, Kita - Karya Novelis Orkid Edyliyne (Bab 7)

“ENCIK JOHAN, saya balik dulu boleh? Nanti saya datang balik.” Iman pergi berjumpa dengan Encik Johan yang duduk di pejabatnya.
Memandangkan tengah hari sudah menjelang, dia mula risau perihal adik-adiknya di rumah. Entah apa yang dilakukan mereka setelah pulang dari sekolah. Nak mengharapkan adiknya yang kedua itu, jangan haraplah. Alamatnya adik-adik yang lain terbalik pun belum tentu dia hairan.
“Eh, susah payah nak balik. Tak nak lunch dekat-dekat sini aje ke?” tanya Encik Johan bernada pelik sambil melihat Iman yang sudah menerpa ke pintu. Tak menyempat aje si Iman ni.
“Taklah. Saya kena masak untuk adik-adik saya balik sekolah. Boleh, kan?” Dia bertanya hendak minta kebenaran. Tapi macam orang bergegas nak pergi walau apa sekalipun jawapan yang bakal dia terima nanti.
“Oh. Yalah. Nanti jangan lupa datang balik lepas lunch.”
“Beres. Jangan risaulah.” Iman terus berlalu keluar dari pejabat dan terus keluar dari kedai sambil membuka topi yang masih melekat di kepalanya. Kemudian ra…

Baca Novel Online : Kau, Aku, Kita - Karya Novelis Orkid Edyliyne (Bab 6)

“KALAU macam tu, bolehlah saya ambil awak bekerja. Bila nak mula?” tanya pengurus kedai kek itu dengan senyuman manis. Wajah Iman dipandang menyeluruh.
“Okey. Terima kasih. Hari ni pun boleh.” Semangat habis dia hendak memulakan kerjanya. Ni semua berkat aku jumpa makhluk sama nama dengan aku tulah. Apa agaknya Aus buat hari ni eh? Berangan Iman seketika mengenangkan perihal Aus.
“Oh, boleh aje. Jomlah. Kita mula daripada benda-benda yang basic dulu.”
Iman yang duduk di kerusi yang bertentangan cuma mengikut dan mengangguk. Patutlah dia nak pekerja segera. Memang kedai kek itu baru sahaja dibuka beberapa hari lepas. Katanya cawangan baru. Lepas itu, dia seorang sahaja. Dialah bos, dialah kuli. Masa Iman datang tadi, bersemangat saja muka Encik Johan bila Iman kata dia datang hendak meminta kerja.
“Nah. Ganti baju dengan seluar dulu. Saya tunggu depan.”
Satu kemeja putih lengan pendek dengan seluar hitam diserahkan kepada Iman yang tadi mengikutnya sampai ke bilik pejabatnya di bahagia…