Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2015

Juvana 2.2015.DVDRip.MKV.Full Movie

Sinopsis : Filem kedua ini meneruskan kisah Daim, Botak dan Ayam serta rakan-rakan mereka menyesuaikan diri di dunia luar sebaik sahaja hukuman mereka berakhir. Jalan cerita bermula daripada kesinambungan kejadian dalam filem pertama setelah Botak dan Ayam akhirnya dibebaskan lebih awal ekoran penglibatan mereka menyelamatkan orang awam ketika kejadian rusuhan yang dicetuskan oleh Lan Todak, ketua samseng yang memusuhi mereka sebaik sahaja mereka dipindahkan ke Sekolah Indera Sakti.
Setelah bertemu semula rakan-rakan mereka, Botak pulang ke rumah dengan penuh azam untuk memulakan hidup baru bersama ayahnya, manakala Ayam menuju ke rumah Apek untuk menjaga adik-adiknya seperti yang diamanahkan oleh Apek sehingga dia dibebaskan. Bagaimanapun, harapan mereka untuk masa depan yang lebih baik terpadam dalam masa yang amat singkat. Kini, ayah Botak seorang penagih dadah manakala adik Apek pula menjadi konco geng penjenayah yang dikenali sebagai Geng Jebat. Pada masa sama, Daim …

Polis Evo.2015.DVDRip.MKV.Full Movie

Sinopsis :  Kisah Polis Evo bermula apabila seorang Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur iaitu Inspektor Khai (Shaheizy Sam) ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu. 
Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasam…