Skip to main content

Baca Novel Online : Kau, Aku, Kita - Karya Novelis Orkid Edyliyne (Bab 9)

AUS memandang wajah Frento dengan dahi yang berkerut. Bukan permintaan dia besar sangat. Itu pun takkan tak boleh nak buat? Kata pereka fesyen profesional yang paling terkenal.

“Are you sure about that, dude? Really, really sure?” Frento membetulkan topi hitam yang berada di atas kepalanya.

“Yup! Aku sangat-sangat serius pasal benda ni.” Aus meyakinkan lagi. “That’s why I called you. Because I know you can make that thing for me.”

Iman yang duduk di sisi Aus tercengang melihat Aus speaking London. Pandai dan hebat rupanya Aus menggunakan bahasa lain selain daripada bahasa Melayu. Kadang-kadang terfikir juga yang dia layakkah dengan Aus? Yalah...Aus kan bergaya, berduit, berpelajaran, berpewatakan hebat dan bermacam-macam lagi. Tapi dia, apa yang dia ada? Berbau ketiak adalah agaknya kalau dah tak mandi beberapa hari. Tapi tidak pada hari itu sebab baru semalam dia ikut mummy Aus yang vouge pergi spa. Dia dah menolak bagai nak rak...tapi terpaksa juga ikut sebab daddy Aus sudah masuk campur waktu itu.

“But you’ve got such beautiful wife. Kenapa nak yang simple aje untuk wedding kau orang? Tak mencabarlah macam ni.” Frento menongkat dagunya. Runsing dibuatnya. Nasib baiklah Aus pandai pilih tempat yang bagus untuk mereka berbincang perkara itu. Tak adalah dia menyesal datang.

“You don’t have enough budget? I don’t think so...You’re now at the top, Im Aus...” Seakan menyindir nadanya dengan memek muka yang dibuat-buat.

Iman hanya memandang blur dan makin blur sebab dia tak faham sepatah haram pun yang disebut Frento.

“Bukan macam tulah. Daddy aku suruh buat yang biasa-biasa aje untuk wedding aku ni. Tak nak membazir katanya.” Aus mencuri nafas untuk terus bercakap. “That’s why I want you to do everything for me. Daripada baju, set, majlis...semuanya. Come on, Frento...I know you can do it for me...Takkanlah yang hebat aje kau nak buat? Baju aku kau boleh design hebat, takkan aku minta tolong perkara macam ni pun tak boleh nak buat,” tambah Aus membakar semangat personal designernya itu.

“It’s not a big deal for me if you want me to design a dress for your bride. But...”

“Janganlah macam tu, Frento. I’ll pay every single thing that you do. Tak ada satu pun yang free. Silap-silap kau kuit sikit aje jari kau pun aku bayar.”

Dahi Frento sudah berkerut. Dia tahu, Aus kalau dia kata mahu, memang dia akan buat sampai mahu. Memang sebelum ini pun Aus memang tak ada masalah dalam membayar apa yang telah dia miliki daripada Frento. Payah betullah.

“Bukan aku tak boleh cari orang lain, Frento...Cuma aku tak boleh nak percaya orang lain. Aku tak nak wedding aku ni banyak sangat orang yang datang. Aku jemput pun yang rapat-rapat dengan aku aje. Buat apa kan aku buat wedding sampai jadi wedding of the year tapi rumahtangga aku tak bertahan sampai akhir hayat. Aku tak nak nanti orang cakap, alah wedding nak besar-besar, nanti tahu-tahu cerai. That’s totaly not me, dude.” Panjang betul ayat dia nak meyakinkan Frento. Dia mahu Frento juga yang menguruskan semuanya sebab dia percayakan lelaki itu bekerja untuknya. Setiap kerja Frento sebelum ini pun dia amat berpuas hati.

“Reporters? Don’t they know about this?”

“Nope! Aku cuma ajak yang aku percaya dan aku boleh bayar supaya dia orang tutup mulut pasal majlis aku tu. Aku pastikan dia orang takkan hebahkan pasal ni. Dia orang datang cuma dengan cameraman dia orang aje. That’s all. Itu pun aku rasa adalah lima enam aje macam tu. Tak semua.”

“You’re making your wedding into an exclusive one, dude...” Sedikit bangga air mukanya.

“Kenapa? Sebab tak semua reporters dapat cover cerita pasal wedding aku tu nanti?” Aus meneka apa yang berada di fikiran Frento ketika dia memuji tadi.

“That’s right. Okay. Here’s the deal...”

IMAN mengeluh berat. Penat sungguhlah menunggu dia orang berbincang. Mana tidaknya, adalah tak sampai 20 persen Iman faham akan apa dibincangkan. Yang selebihnya habuk pun tak. Mana tidaknya, Frento menggunakan sepenuhnya bahasa Inggeris. Aus tu bolehlah tahan lagi, separuh-separuh. Nak memahamkan tu, punyalah payah. Yalah, dia sekolah pun tak khatam...

Iman nampak Frento siap lukis lagi design baju untuk pegantin perempuan. Untuk Imanlah tu. Bangga sekejap. Aus kata tadi tak nak melampau-lampau. Tapi, siap ambil Frento untuk design baju pengantin. Sampai pening-pening Frento dengan permintaan Aus yang cerewet alam itu. Memang masaklah.

Mus yang ikut dari tadi asyik menggeleng saja memandang kelakuan Aus. Macam dah nak teleng dah dia. Memang dia takkan buka mulut sebab bukan dia yang nak jadi pengantin pun. Lagipun, berani dia buka mulut, mahu kena hambur dengan Aus.

“Okay, buddy...Thanks again. I really appreciate what you’ve done for me.”

“I haven’t start it yet...” Frento menyambut tangan yang Aus hulur. Dia sudah bangun untuk meninggalkan meja perbincangan.

Aus sekadar tersenyum. Dia pun terlupa pasal itu. Tapi apa-apa pun memang dia berterima kasih sangat kepada Frento sebab lelaki itu banyak membantunya. Semenjak dia masuk dalam industri lakonan, Frento yang banyak membantunya.

Frento berlalu setelah mengambil semua barang-barangnya.

“Huh! Selesai semua hanya dengan sekali jumpa. Bijak tak aku?” Aus bertanya kepada Iman dengan bangganya.

“Yalah tu. Aku ikut pun naik penat tengok kau.” Iman mencebik. “Lagi satu, dia memang tak pandai cakap Melayu ke?” Iman bertanya pula dengan nada pelik.

“Pandai aje. Saja aje tu. Dah, kau orang nak makan apa? Oder aje. Aku belanja hari ni.”

Mata Iman bersinar mendengar apa yang dikatakan Aus.

“Mus, panggil pelayan tu.”

Mus juga jadi mangsa suruh. Nak buat macam mana lagi. Dah nama pun bekerja bawah Aus.

“Habis, adik-adik aku?” Iman bertanya pula.

Teringat pula dia pasal adik-adiknya. Ingatkan dah dengar pasal makan dah tak ingat dunia.

“Kenapa dengan dia orang?” Aus bertanya kembali. Bibirnya tersenyum paksa ketika melihat pelayan wanita yang datang mendekati meja mereka. Disebabkan hari itu dia berjumpa dengan Frento di restoran hotel lima bintang, jadi dia malaslah nak jadi hantu selubung. Dan disebabkan itu jugalah semua pekerja perempuan di situ tak jadi kerja kerana melihatnya.

“Yang kau panggil pelayan perempuan tu, kenapa?” gumam Aus dengan gigi dikacip rapat. Wajah Mus dipandang tajam.

“Mana nak tahu. Dah itu aje yang ada.” Mus buat muka tidak bersalah seperti selalu.

“Pandai-pandai kau settle.” Perhatian dialihkan kepada Iman. Sengaja digapainya tangan Iman. Mesra kononnya.

“Isy. Apa ni?” Iman mendesah tidak selesa dengan perlakuan Aus. Tangannya cuba ditarik kembali.

“Berlakon sekejap.” Sekilas dia memandang wajah pelayan itu. Senyuman pada bibir itu kurang berbanding tadi. Mungkin sebab melihat kelakuan Aus.

Aus buat-buat mesra. “Kenapa dengan adik-adik you tu? Dia orang tu kan dekat rumah daddy I...”

Mus yang mendengar sudah rasa geli tekak. Permintaan makanan dipercepat. Dia tahu apa yang Aus hendak makan dan dia minta sahaja menu yang sama untuk Iman. Berbeza sikit untuk dirinya.

Iman yang rasa kurang selesa pantas menarik tangannya setelah melihat pelayan tadi pergi. “Apa kau ni?”

Mus buat muka malas melayan kerenah dua manusia di hadapannya itu.

“Janganlah macam ni, you...” Aus masih lagi hendak bermain dengan penggunaan ayatnya.

Iman sudah buat gaya macam hendak termuntah. Meliuk-liuk tubuhnya menahan kegelian. “Hisy! Cukuplah, sebelum aku temuntah. Tak fasal-fasal nanti aku tak selera nak makan.” Iman menutup mulutnya. Betul-betul rasa macam nak terkeluar isi perutnya.

“Alah...Tak syoklah macam ni. Gurau pun tak boleh.” Aus menyentuh belakang tengkuknya. Duduknya dibetulkan.

“Hah! Kenapa dengan adik-adik kau?” Topik kembali kepada adik Iman yang seramai lima orang itu.

“Aku dah makan. Habis, dia orang?” Riak Iman kembali blur.

Suka betul dia buat muka macam tu. Tahu aje yang muka macam tu membuatkan dia jadi bertambah comel. Hati kecil Aus tiba-tiba memuji. Eh! Apa aku ni? Benaknya melarang.

“Dia orang kan ada dekat rumah daddy aku. Adik-adik kau makan dekat sana ajelah sebelum balik. Mummy aku masak pun taraf lima bintang apa...”

“Oh...” Iman mengangguk.

“Dah! Makan kenyang-kenyang,” kata Aus ketika melihat hidangan sudah hendak sampai ke meja mereka.

“KAU orang, kejaplah. Aku nak pergi gents.” Aus bangun dan meletakkan kain putih yang tadi berada di atas ribanya ke atas kerusi 

“Dah melantak, buang,” desis Iman perlahan. Antara dengar dengan tidak.

“Baguslah buang. Buat apa simpan lama-lama. Jadi toksik nanti.” Pandai Aus hendak menjawab sebelum berlalu.

Beberapa ketika ditinggalkan, tiba-tiba Iman rasa tidak selesa dengan pandangan Mus terhadapnya. Ada apa-apa yang tak kena ke dengan aku? Aku makan comot ke? Dia ada hati dengan aku ke? Gila seks ke? Dah habis semua keluar daripada hatinya.

Iman mengangkat keningnya. “Kenapa?” tanyanya perlahan. Terbantut terus seleranya. Sudu diletak.

“Awak nak kahwin dengan Aus, ada sebab, kan?” Mus bertanya serius. Tidak lepas anak matanya memandang Iman yang duduk bertentangan dengannya.

“Oh! Pasal tu...” Iman cuba hendak ketawa. Mesti Aus dah beritahu Mus pasal benda ini. Mus orang paling rapat dan paling penting buat Aus. Hati Iman mengagak.

Mus tidak bersuara lagi.

“Saya cuma tolong Aus aje. Aus dah cakap, kita orang kahwin sekejap aje. Lagipun Aus dah janji tak nak sentuh saya. Kan...” Mulut Iman ditutup dari arah belakang, membuatkan dia terhenti bercakap.

“Aus...” Mus memandang Aus yang berdiri di belakang Iman.

Aus tersengih lebar. “I can explain everything to you. But promise me...don’t let anyone know about it.”

Mus mengangguk perlahan. Kalau dia tak ikut komplot sama, takut kena sebat pula dengan Aus. Jadi, setuju ajelah.

Iman meronta-ronta pinta dilepaskan.

Aus yang baru sedar perlakuannya, spontan menarik tangannya. “Sorry...”

“Kau nak membunuh aku ke?” Tercungap-cungap Iman mencari nafas. Ada pergi tutup hidung orang. Kalau lama sikit tadi, boleh meninggal dibuatnya.

Aus tersengih lagi. Belakang tengkuk disentuh.

Comments

Popular posts from this blog

Himpunan Doa Pendek & Ringkas Selepas Solat

Apakah doa yang sesuai nak baca selepas solat?

Bagi yang tak tahu, jangan risau..kita sama-sama belajar. Doa yang saya nak share ialah beberapa himpunan doa yang ringkas dan pendek, yang boleh diamalkan untuk dibaca selepas solat fardhu. Banyakkanlah menadah tangan berdoa kerana Allah sentiasa menantikan doa-doa kita.

DOA RINGKAS YANG PERTAMA

DOA RINGKAS YANG KEDUA









Doa Ringkas Selepas Solat (audio)
Untuk doa ringkas yang kedua ini, disertakan sekali dengan video bagi memudahkan anda membacanya dengan bacaan yang betul. Semoga himpunana doa ini menjadi panduan untuk diamalkan setiap kali selepas solat, mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & di akhirat.

9 Cara Untuk Suami Menikmati Payudara/Tetek Isteri

Kajian sains yang dijalankan mendapati lelaki sangat menyukai perempuan yang mempunyai buah dada atau payudara yang besar kerana ia menandakan kemampuan perempuan itu untuk mengandung dan menyusukan anak. Sebab itulah kebanyakan wanita mengalami pembesaran di kawasan buah dada dan punggung kerana disitulah tersimpannya lemak DHA.
Cara untuk membelai isteri yang mempunyai payudara atau tetek yang besar perlu dilakukan dengan lembut kerana kawasan tetek dan puting tetek adalah kawasan yang sensitif. Biasanya wanita yang kali pertama buah dadanya disentuh akan ghairah. Buah dada yang kecil akan membesar jika ianya selalu dibelai, diramas dan dihisap putingnya. Bagi isteri yang buah dadanya selalu dibelai dan diramas, ianya boleh menimbulkan rasa kegelian jika belaian dilakukan secara gelojoh. Suami perlu pandai mempelbagaikan cara untuk menikmati tetek besar isteri. 
Cara Untuk Suami Menikmati Payudara/Tetek Isteri
1. Jangan terus sentuh buah dada isteri terutamanya di bahagian puting …

Juvana 2.2015.DVDRip.MKV.Full Movie

Sinopsis : Filem kedua ini meneruskan kisah Daim, Botak dan Ayam serta rakan-rakan mereka menyesuaikan diri di dunia luar sebaik sahaja hukuman mereka berakhir. Jalan cerita bermula daripada kesinambungan kejadian dalam filem pertama setelah Botak dan Ayam akhirnya dibebaskan lebih awal ekoran penglibatan mereka menyelamatkan orang awam ketika kejadian rusuhan yang dicetuskan oleh Lan Todak, ketua samseng yang memusuhi mereka sebaik sahaja mereka dipindahkan ke Sekolah Indera Sakti.
Setelah bertemu semula rakan-rakan mereka, Botak pulang ke rumah dengan penuh azam untuk memulakan hidup baru bersama ayahnya, manakala Ayam menuju ke rumah Apek untuk menjaga adik-adiknya seperti yang diamanahkan oleh Apek sehingga dia dibebaskan. Bagaimanapun, harapan mereka untuk masa depan yang lebih baik terpadam dalam masa yang amat singkat. Kini, ayah Botak seorang penagih dadah manakala adik Apek pula menjadi konco geng penjenayah yang dikenali sebagai Geng Jebat. Pada masa sama, Daim …