Skip to main content

Baca Novel Online : Kau, Aku, Kita - Karya Novelis Orkid Edyliyne (Bab 5)

“MANA pergi? Isy, budak ni. Aku belasah sekali kau karang, baru tahu. Melencong sampai jauh macam ni. Aku ingatkan dah tak nak balik tadi.” Mustafa Ali mula membebel sambil sesekali wajah Aus yang duduk di tempat duduk belakang dikerling dari cermin tengah.


Aus sekadar buat tidak mengerti dengan bebelan Mus, iaitu PAnya.

“Kau, Dato’ tahu nanti, kenalah kau.”

Aus masih lagi buat tak tahu. Gelagat adik-adik Iman mula mengusik memorinya. Rindu pula. Sedangkan tidak sampai setengah jam dia meninggalkan mereka.

“Tu dah kenapa pula tersengih-sengih sendiri?” Mus mula tidak puas hati kerana selalu sahaja bebelannya diambil ringan.

“Senaman pipi. Tak boleh ke?” Selamba Aus membidas.

Isy, budak ni. Kau balik, Dato’ tunggu kau depan pintu, baru padan muka kau tu. Mus menggumam dalam hati. Sebal dengan perlakuan Aus.

Sampai sahaja kereta yang dipandu Mus di pekarangan vila, Aus turun dengan muka tidak bersalah.

“Iman Firdaus Ashari Irfan!” Jeritan satu suara garau menggegarkan vila tiga tingkat itu.

“Daddy.” Aus tersenyum sumbing membalas pandangan tajam Dato’ Ashari Irfan yang duduk di kerusi batu di taman bertentangan dengan pintu utama vila. Kayu panjang di tangan tua itu membuatkan Aus menelan berat air liurnya.

“Mana pergi seharian? Maghrib baru sampai rumah? Ni solat ke dok agi?” Terkeluar loghat Kelantannya di hujung ayat, membuatkan Aus menahan tawanya.

“Dok agi, daddy.” Aus sudah tidak tahan membalas pertanyaan Dato’ Ashari Irfan. Merah-merah mukanya. Matanya di balik kaca mata hitam pada wajah sudah kecil kerana menahan hebat tawa yang menghambur dalam hati.

“Apa? Nak ketawalah tu.” Dato’ Ashari Irfan sudah mengetap bibirnya. Baru nak marah anak balik rumah lewat petang, sekali terkeluar loghat yang selalu menjadi lawak kepada anak tunggalnya itu.

“Solat sekarang!” Bergema jeritan tua itu sekali lagi membuatkan burung-burung yang duduk menghinggap di pokok yang beratur di tepi vila itu semuanya terbang kerana terperanjat.

Mus yang masih berdiri di garaj mengetap bibirnya daripada menghambur ketawa kerana Aus dimarah begitu oleh Dato’ Ashari Irfan. Aus kalah dengan daddynya. Jika orang lain menegurnya, buat tak tahu saja.

Aus pantas melangkah hendak masuk.

“15 minit siap mandi, solat. Daddy tunggu dekat ruang tamu. Understand?” Masih kuat suara Dato’ Ashari Irfan berbicara, membuatkan Aus di dalam menggaru kepala.

“Aus...dah balik? Daddy dekat luar ke?” tanya Datin Raisya lembut sambil mendekati anak tunggalnya itu. Cermin mata pada wajah anaknya ditanggalkan dan pipi Aus disentuh lembut.

“Hmm...mummy. Aus naik dulu. Solat...” Aus tersenyum. Mati dia dipalu kayu besar di tangan daddynya jika 15 minit lagi dia tidak sampai di ruang tamu.

“Hah, pergi. Hisy, anak mummy ni. Busuk seharian keluar. Hmm...” Pipi Aus dikucupnya mesra. Tersenyum sahaja bibir itu melihat anak tunggalnya.

Aus berlari pantas menaiki anak tangga.

“Daddy...masuk... Duduk luar dengan setan tu buat apa? Dah maghrib ni...”

Nyaring suara kecil mummynya memanggil daddynya, membuatkan Aus yang hampir sampai di hadapan pintu biliknya di tingkat tiga itu menarik senyuman. Duduk luar dengan setan..Ada-ada aje mummy. Aus ketawa jahat dalam hati.

Pantas dia mandi. Sekadar mengenakan baju Melayu dengan kain pelekat, dia memulakan solatnya. Sempat berdoa supaya daddynya tidak bertanyakan bermacam-macam soalan yang pelik dan mumynya ada untuk membela nasibnya.

Usai solat dengan kadar segera dia menggapai seluar pendek dan baju tanpa lengan dan disarung ke tubuhnya sebelum berlari turun ke ruang tamu. Bagaikan masuk ke kem tentera sahaja gayanya dikerjakan daddynya. Aus tersenyum tepi sambil membetulkan rambutnya dan dengan selamba dia duduk di sofa bersebelahan dengan sofa berangkai dua yang diduduki kedua-dua orang tuanya.

“Buat gapo duduk situ? Ni sini.” Terkeluar lagi loghat Dato’ Ashari Irfan, menarik senyuman nipis pada bibir Aus. Kayunya diketuk di hadapan, supaya Aus duduk di situ.

“Sengih-sengih. Cepat. Banyak lagi kerja daddy ni,” gumam Dato’ Ashari Irfan dengan muka seriusnya.

Datin Raisya mula kelihatan risau sahaja.

“Mana pergi seharian?” Sekali lagi pertanyaan yang sama keluar dari mulut itu.

“Rumah kawan, daddy.” Muka Dato’ Ashari Irfan yang duduk di atas sofa bertentangan dengan tempat dia duduk itu dipandang selamba.

“Kawan?” Dato’ Ashari Irfan berfikir sejenak.

“Daddy...” Datin Raisya mula mengeluarkan senjata manjanya supaya Dato’ Ashari Irfan tidak meledakkan marahnya.

“Oh, kawan. Hah! Dah fikir ke?”

“Fikir? Dah.”

“Keputusan?”

“Keputusan?” Kening diangkat. Tak faham maksud yang dikatakan Dato’ Ashari Irfan.

“Eh, budak ni. Tadi kata dah fikir.” Sekali kayunya naik di kepala Aus. Menambahkan kerut pada dahi Datin Raisya.

“Daddy, sakit...” Aus menggosok kepalanya. Pening dia dikerjakan jika hari-hari diketuk kayu itu ke kepalanya.

“Biar berjalan sikit otak kamu tu. Keputusan kamu apa? Daddy tak nak gosip-gosip hangat kamu tu. Macam apa aje daddy tengok.” Mulut tua itu membebel.

“Haisy, daddy...Aus tak ada apa-apalah dengan Ku Wafa tu. Seriously...Memang tak ada apa-apa. Aus berlakon satu cerita aje dengan dia hari tu. Dah habis pun.”

“Ya, dah habis. Petang tadi dia datang sini. Kamu tahu? Tak tahu...” Sekali lagi kayu itu naik ke kepala Aus dan refleksnya Aus menggosok kepalanya.

“Dia nak apa?” Aus memegang kepalanya.

“Nak kamu! Daddy tak kira. Sekarang daddy nak kamu buat keputusanya. Kahwin dan semua gosip tu hilang atau daddy nak kamu berhenti. Mana nak?”

“No, daddy. Please. Aus tak nak berhenti. Daddy tahu ini cita-cita Aus. Please, daddy...”

“Daddy...Aus dah lama jadi actor. Takkan itu pun daddy tak boleh nak consider?” Datin Raisya bersuara lembut.

“Mummy buat pantun dua kerat.” Aus bersuara selamba dengan senyuman bangga.

Dato’ Ashari Irfan berdeham, mematikan senyuman meleret Aus. Memang jika Dato’ Ashari Irfan mula membebel, jangan haraplah Datin Risya boleh mencelah. Inikan pula Aus nak buat lawak bodoh. Lagilah tak boleh.

“Lama tak lama! Dulu Maisa, kemudian Lynn, Yanna. Sekarang, Ku Wafa. Habis semua dah kena gosip dengan kamu. Ni daddy dekat pejabat kena perli aje dengan kawan daddy. Oh, anak kau hebat. Bila nak buat kenduri? Apa daddy nak jawab? Oh, anak aku tu cuma main-main aje tu. Bukan betul pun. Macam tu ke?” Turun naik nada suaranya.

Aus terdiam dan otaknya ligat berfikir.

“Boleh tahan sedap juga kau masak. Boleh buat isteri. Kenapa tak kahwin aje?”

Ayatnya yang satu itu terngiang-ngiang di kepala otaknya. Membawa ingatannya kepada makhluk bernama sama dengannya itu.

“Apa yang kamu berangan, Iman Firdaus? Daddy sibuk bercakap, dia tersengih-sengih macam orang sasau dekat situ.”

Kuat pukulan di kepalanya, menyentak Aus daripada terus berangan. “Daddy...Aus tengah fikirlah.”

“Hah! Dah ada keputusan ke belum? Naik tiga kali kayu ni ke kepala kamu, mesti dah berjalan lancar.”

“Nak yang mana satu? Anak kawan daddy ada ramai dan semuanya ada anak perempuan yang cantik-cantik. Pilih aje. Mummy tak kisah. Yang anak Dato’ Misran tu mummy suka. Boleh diajak berbual tu.” Datin Raisya mencelah dengan nada seronoknya. Manja sahaja suara mummynya itu.

“Boleh Aus nak letak calon sendiri?” tanya Aus dengan senyuman manja. Cuba memujuk dengan lembut.

“Hah, boleh. Ada gambar? Esok daddy pergi pinangkan. Bagi alamat, lengkap potongan elaun kamu selama lima bulan. Daddy beres aje.” Semangat tiba-tiba Dato’ Ashari Irfan. Duduknya dibetulkan. Sungguh-sungguh dia hendak anak tunggalnya itu berkahwin supaya gosip tentang anaknya itu tidak terus melebar dan memenatkan dia hendak menjawab dengan rakan perniagaannya.

“Tapi, daddy, dia tak kaya. Tak ada parents, ada adik-adik yang semuanya sekolah lagi. Boleh ke?” Nada Aus masih lagi berlembut.

“Daddy tak kisah, asalkan kamu boleh terima dia jadi isteri kamu. Kalau macam tu, potong elaun kamu lagi setahun.”

Suka hati daddylah nak potong. Nanti Aus minta, daddy bagi juga. Kad kredit, daddy bayarkan juga. Yang penting aku selamat, bisik hati Aus ceria.

“Ni dia.” Gambar Iman yang diambil curi-curi sewaktu gadis itu terbongkang tidur di hadapannya tadi, ditunjukkan kepada daddy dan mummynya.

Sebenarnya waktu itu dia hendak mengambil gambar adik-adik Iman. Takut rindu bila dia sudah balik dan sendiri di vila. Sekali ternampak Iman berlingkar sedap depan matanya tidur. Dia pun ambil jugalah.

Telefon bimbit putih berjalur biru laut itu bertukar tangan.

“Kamu pergi tidur rumah anak dara mana ni!” jerit Dato’ Ashari Irfan dan pantas tangannya menepuk kepala Aus.

“Daddy...dahlah. Sakit tau. Mana ada Aus tidur rumah dia. Aus datang melawat aje. Main dengan adik-adik dia. Tadi petang tu, Aus pergi rumah dialah. Bagus apa Aus keluar cari menantu daddy. Itu pun daddy nak marah ke?” Cuba dibela dirinya sendiri.

“Oh...cantik. Lagi cantik daripada anak Dato’ Misran.” Kedengaran suara kecil Datin Raisya sambil tersenyum dan mengangguk. Asyik benar melihat gambar-gambar yang terpapar.

“Kelebihan dia?” Dato’ Ashari Irfan menyoal sambil sesekali mengerling gambar itu.

“Pandai masak daddy. Eh bukan. Dia pandai masak,” jawab Aus dengan senyuman manjanya. Bajet comellah tu.

“Baguslah tu. Tarik balik potongan alaun kamu. Cuma lima bulan aje. Tak payah setahun.”

Beberapa ketika mereka berdua menatap gambar-gambar yang ada di dalam telefon bimbir Aus.

“Kerja?” tanya Datin Raisya pula.

“Akan.”

“Ni adik-adik dia ke?”

“Yup, mummy. Adoreable, right?”

“Wah. Pakej. Okeylah. Esok, ya, daddy?” Datin Raisya tersenyum manja kepada suaminya.

Dato’ Ashari Irfan mengangguk.

“Wait, daddy. Day after tomorrow.”

“Why?”

“Aus kena cakap pada dia dulu sebelum daddy dengan mummy datang. Kalau tak nanti dia terperanjat pula.”

“Oh...” Serentak Dato’ Ashari Irfan dan Datin Raisya mengangguk.

“Okey, berapa lama masa yang kamu nak untuk jadi single? Eh, silap. Kamu nak berapa lama untuk mempersiapkan diri?”

“Soalan apa ni, daddy?” Datin Raisya pelik dengan soalan suaminya.

“Betullah. Daddy tak nak lama-lama dia ambil masa untuk berkahwin. Nanti lagi lama, Qyin pula yang kena gosip dengan dia.”

“Qyin?” Aus mengerutkan dahi. Tak pernah dengar artis perempuan nama Qyin.

“Alah...kamu ni. Tu pun tak tahu. Yang penyanyi tulah.”

“Oh. Belum jadi lagilah, daddy. Dia tu baru masuk reality show tu. Apalah daddy ni.” Aus tersenyum. Tengok juga daddy dia ini realiti TV. Sampai tahu siapa masuk.

“Berapa lama?” Kembali pada perbincangan anak-beranak mereka.

“Setahun?”

“Tak ada setahun kamu. Sebulan aje daddy bagi.”

“Mummy setuju!”

Aus cuma mampu tersenyum sumbing. Esok pasti dia menyerbu rumah Iman. Minta gadis itu membantunya. Iman...I’m coming...Kaulah kawan sehidup semati kalau kau tolong aku. Iman...tolong selamatkan aku, jerit hati Aus lantang.



UHUK! Iman terbatuk-batuk. Terkejut. Tengah sedap-sedap dia melantak coco crunch adiknya, tiba-tiba tersedak pula. Bocor rahsia aku nanti. Dia menjenguk ke hadapan. Semua nyenyak tidur. Dengan hanya bertemankan lilin pun dia boleh nak mencilok makanan di dapur.

“Siapalah yang menyebut nama aku ni. Air...tercekik...” Selesai meneguk air. “Huh! Lega. Sedap juga air oren si Aus ni beli.”

Aus...apa kau tengah buat sekarang ni? Esok datang lagi eh. Aku dah wangi. Tadi maghrib aku mandi dekat surau bawa adik-adik aku. Rasa sayu semacam aje.

“Tapi esok aku kena pergi cari kerja. Kalau aku dapat kerja, kaulah kawan sehidup semati aku...”

Argh! Aus...apa jadi aku ni. Iman menjerit keras dalam hati.

“HAH, minum.” Datin Raisya menghulurkan air oren kepada anak tunggalnya itu.

Aus tersenyum. Tak sampai lagi air ke anak tekaknya, dia terbatuk.

“Oh, anak mummy. Kenapa? Okey?” tanya Datin Raisya mengambil tisu dan mula mengelap mulut anaknya.

“Haisy! Minum pun tak baca bismillah. Macam tulah.” Pantas kayu di tangannya mendarat ke kepala Aus.

“Daddy...sakit...” Aus menggosok kepalanya dengan muka tidak bersalah.

Comments

Popular posts from this blog

Himpunan Doa Pendek & Ringkas Selepas Solat

Apakah doa yang sesuai nak baca selepas solat?

Bagi yang tak tahu, jangan risau..kita sama-sama belajar. Doa yang saya nak share ialah beberapa himpunan doa yang ringkas dan pendek, yang boleh diamalkan untuk dibaca selepas solat fardhu. Banyakkanlah menadah tangan berdoa kerana Allah sentiasa menantikan doa-doa kita.

DOA RINGKAS YANG PERTAMA

DOA RINGKAS YANG KEDUA









Doa Ringkas Selepas Solat (audio)
Untuk doa ringkas yang kedua ini, disertakan sekali dengan video bagi memudahkan anda membacanya dengan bacaan yang betul. Semoga himpunana doa ini menjadi panduan untuk diamalkan setiap kali selepas solat, mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & di akhirat.

9 Cara Untuk Suami Menikmati Payudara/Tetek Isteri

Kajian sains yang dijalankan mendapati lelaki sangat menyukai perempuan yang mempunyai buah dada atau payudara yang besar kerana ia menandakan kemampuan perempuan itu untuk mengandung dan menyusukan anak. Sebab itulah kebanyakan wanita mengalami pembesaran di kawasan buah dada dan punggung kerana disitulah tersimpannya lemak DHA.
Cara untuk membelai isteri yang mempunyai payudara atau tetek yang besar perlu dilakukan dengan lembut kerana kawasan tetek dan puting tetek adalah kawasan yang sensitif. Biasanya wanita yang kali pertama buah dadanya disentuh akan ghairah. Buah dada yang kecil akan membesar jika ianya selalu dibelai, diramas dan dihisap putingnya. Bagi isteri yang buah dadanya selalu dibelai dan diramas, ianya boleh menimbulkan rasa kegelian jika belaian dilakukan secara gelojoh. Suami perlu pandai mempelbagaikan cara untuk menikmati tetek besar isteri. 
Cara Untuk Suami Menikmati Payudara/Tetek Isteri
1. Jangan terus sentuh buah dada isteri terutamanya di bahagian puting …

Juvana 2.2015.DVDRip.MKV.Full Movie

Sinopsis : Filem kedua ini meneruskan kisah Daim, Botak dan Ayam serta rakan-rakan mereka menyesuaikan diri di dunia luar sebaik sahaja hukuman mereka berakhir. Jalan cerita bermula daripada kesinambungan kejadian dalam filem pertama setelah Botak dan Ayam akhirnya dibebaskan lebih awal ekoran penglibatan mereka menyelamatkan orang awam ketika kejadian rusuhan yang dicetuskan oleh Lan Todak, ketua samseng yang memusuhi mereka sebaik sahaja mereka dipindahkan ke Sekolah Indera Sakti.
Setelah bertemu semula rakan-rakan mereka, Botak pulang ke rumah dengan penuh azam untuk memulakan hidup baru bersama ayahnya, manakala Ayam menuju ke rumah Apek untuk menjaga adik-adiknya seperti yang diamanahkan oleh Apek sehingga dia dibebaskan. Bagaimanapun, harapan mereka untuk masa depan yang lebih baik terpadam dalam masa yang amat singkat. Kini, ayah Botak seorang penagih dadah manakala adik Apek pula menjadi konco geng penjenayah yang dikenali sebagai Geng Jebat. Pada masa sama, Daim …