Skip to main content

Baca Novel Online : Kau, Aku, Kita - Karya Novelis Orkid Edyliyne (Bab 10)

DARI kejauhan Iman memandang muka tok kadi. Kepala digaru seketika kemudian wajah Iman dan Aus dipandangnya silih berganti. Kadangkala bibirnya tersenyum nipis. Ada kerutan pada dahinya yang memang sedia ada kedut itu.

“Kenapa, tok? Lambat lagi ke kita nak mula ni?” tanya Dato’ Ashari Irfan dekat ke telinga tok kadi. Macam resah aje tok kadi ni. Dia nak menikahkan orang ke, dia yang nak nikah? Sempat hati Dato’ Ashari Irfan bercanda.

“Tak ada apa-apa. Tak pernah kejadian macam ni berlaku. Pelik sekejap. Tak pernah berlaku macam ni. Pengantin lelaki dengan pengantin perempuan, dua-dua nama sama. Iman Firdaus,” jawab tok kadi selamba dengan senyuman nipisnya. Serban di kepala dibetulkan sebelum hendak memulakan segalanya.

Macam main-main pula tok kadi ni, desis hati Iman. Iman dah macam nak terbuang air duduk dekat situ, tok kadi boleh nak lambat-lambat pula. Kalau tidak disebabkan dia berpakaian serba berlabuci dan sulam itu, pantas sahaja dia akan lari mencari tandas, untuk melepaskan hajatnya. Seketika, Iman memandang muka Aus. Aus dari tadi tersenyum kambing saja. Peluh pada baju hijau cair yang dipakainya sudah macam boleh diperah-perah. Mungkin ada juga rasa gugup dalam hati.

Iman pula sudah rasa macam patung saja duduk dekat situ, di antara mummy Aus dengan nenek Aus. Orang sekeliling punyalah ramai. Dia orang bawa rombongan agaknya datang masjid. Dato’ Ashari Irfan kata nak buat majlis kecil-kecil saja. Jadi, lepas akad nikah mereka terus balik vila Dato’ Ashari Irfan untuk majlis sampai malam. Tapi...ini maknanya kecil ke? Tak ada pengalamanlah pula Iman menghadapai semua benda ini.

Dalam menanti, hatinya terus-terus cuba ditenangkan daripada terus gelabah sedangkan bukan dia yang nak mengangkat nikah.

IMAN tersengih-sengih berdiri di depan meja bufet. Bersinar-sinar matanya memandang pada makanan yang begitu banyak terhidang. Pandangannya melompat dari satu dulang ke satu dulang dengan penuh keterujaan. Terlupa yang waktu itu dia masih menyarung gaun pengantinnya.

Kiri kanan dipandang. Tak ada orang yang memerhatinya. Pantas tangannya mengambil pinggan untuk memuaskan seleranya. Mana tidaknya, waktu tengah hari dia hanya dapat makan sikit saja sebab kiri kanan depan belakang nak ambil gambar dengan dia. Itu waktu makan beradab. Waktu dah habis, jangan cakaplah. Ditarik ke sana, ditarik ke sini.

Nasib baiklah sebelah malam tak ada orang sangat. Jadi bolehlah dia lari sekejap dari sebelah Aus untuk melihat benda yang menjadi kegemarannya itu. Makanan. Habis sahaja mengambil beberapa jenis kek, langkahnya terhenti apabila seorang wanita berdiri di sisinya. Wajah itu tersenyum memandangnya. Awat pula dia ni? Nak kata aku kelihatan maco hari ni, tak rasanya, bisik hati Iman turut sama menarik senyuman pada bibirnya.

“Such a beautiful bride you are...I’m glad to see you here.”

Bertambah terkebil Iman mendengar bicara wanita itu. Hendak menjawab nanti tunggang terbalik ayat dan silap-silap...salah pula sebutannya.

“Anyway...Betul ke Im Aus jumpa you waktu Anugerah Skrin? You buat apa eh dekat sana? Model baru eh? Ke pelakon baru?”

Mesra tiba-tiba pula. Membuatkan Iman bertambah bingung. Hendak dia menggaru kepala, tapi kedua-dua tangan sudah memegang pinggan pula. Iman hanya tersengih besar.

“Ku Wafa...”

Kedengaran suara Aus datang mendekati mereka, membuatkan Iman mengeluh lega. Nasib baiklah dia perasan aku tengah memerlukan bantuan pernafasan. Eh, tak! Bantuan aje...desis hati Iman.

“Dia ni pelakon perempuan paling popular sekarang ni. Buat-buat kenal aje,” bisik Aus perlahan di telinga Iman sambil mengambil kedua-dua pinggan dari tangan Iman dan diletakkan di atas meja sebelum merangkul Iman ke sisinya.

“Wow...so sweet...I like!” Ku Wafa sekali lagi bersuara dengan kedua-dua tangan ditaut dan dirapatkan ke dada. Muka memang nampak teruja alam.

“Well...anyway, thanks for coming. Ingatkan tak jadi nak datang.” Aus menarik senyuman plastiknya. Sebenarnya dia mengajak wanita itu sebab ada udang di sebalik batu. Dia tak mahu wanita itu mengganggunya lagi. Harap-harap fahamlah hendaknya yang orang tak sudi.

“Eh, takkanlah. I ada shooting pagi tadi. Itu yang I datang malam. Lagipun, kan I kawan you. Mestilah I datang...Bride you memang cantik. Model, kan?” Masih lagi dia tidak berpuas hati. Hendak tahu apa kerjaya Iman sehingga dapat bergandingan dengan Im Aus, pelakon lelaki paling popular ketika ini.

“Lebih kuranglah.”

Jawapan Aus membuatkan Iman sedikit mencebik. Nasib baik tumpuan Ku Wafa hanya kepada Aus.

“So...congratulation...Buat baby cepat-cepat tau...” Sempat dia bergurau, membuatkan muka Iman spontan bertukar merah. Tapi Aus, masih dengan riak selambanya.

“Oh, ni...I lupa I ada bawakan present untuk you.” Satu bungkusan berwarna merah hati diambil dari tangan seorang wanita di belakangnya. Mungkin PAnya, mungkin rakannya atau mungkin siapa sahaja yang dibawa bersama untuk ke situ.

“Thanks...”

“Okey...nak ambil gambar sebelum I balik. Boleh, kan?” Belum lagi Aus dan Iman bersetuju, dia sudah berdiri di sisi Aus sambil meraih lengan Aus.

“Err...you...takkan dekat sini? Sebelah sanalah.” Aus selamba menegur. Bukan dia tidak selesa dengan kelakuan wanita itu, cuma dia hendak wanita itu faham dengan dirinya yang sudah beristeri. Lebih pada memerli sebenarnya.

“Ops...sorry...” Dia menutup mulutnya dengan senyuman serba salah sebelum berpindah ke sisi Iman. “Sorry ya...” Sekali lagi diucapkan untuk Iman.

Iman sekadar mengangguk. Itu sengaja ke tak sengaja? tanya hati Iman sedikit pelik pula dengan kelakuan Ku Wafa.

Beberapa gambar diambil oleh wanita yang mengikut Ku Wafa tadi. Macam-macam gaya dia posing di sisi Iman. Tapi Iman sekadar statik di tempatnya. Macam tak mesra kamera pun ada. Kejang dan kaku.

“Okeylah. Banyak pula kan. I nak balik dululah. Nanti lambat, ada pula orang mencari.” Dia bersalaman dengan Iman dan tidak ketinggalan juga meraih tangan Aus.

“Okay...take care...” Aus melambai dengan senyuman yang terus menguntum. “Satu bala lepas...” desisnya kemudian, antara dengar dan tidak.

“Apa?” Iman bertanya dengan muka blur.

“Tak adalah. Kalau orang macam tu tegur, layankan aje. Itu semua kawan aku tu. Tau...Aku nak pergi belakang kejap. Tak tahanlah.” Perut dipegang dan terus meninggalkan Iman sendiri di situ.

“ADUH...sakitnya belakang aku...” gumam Aus sendiri sambil mengurut belakangnya. Punggung dilabuhkan ke atas katil.

“Apalah wartawan ni. Langsung tak boleh nampak aku nak bahagia sikit. Mesti ada aje yang nak ganggu ketenteraman aku.” Mulutnya masih lagi membebel. Tidak sedar yang Iman di dalam bilik air mendengar kata-katanya.

“Apa yang kau bebelkan? Sendiri pun boleh bercakaplah kau ni,” getus Iman yang baru sahaja keluar dari bilik mandi. Sekadar berbaju-T nipis bersama tuala. Rambutnya panjang mengurai kerana masih lembap.

Mata Aus lantas tertumpu kepada Iman. Dari atas ke bawah dan naik kembali ke atas. Beberapa ketika pandang wajah Iman, matanya kembali ke bawah dan naik lagi.

“Apa yang kau pandang aku macam tu? Tak pernah nampak perempuan ke apa?” gumam Iman dan terus membongkar begnya, mencari seluar untuk dipakai.

“Mana ada aku tengok.” Yalah, kalau yang perempuan selalu aku tengok tu, berbaju, bertutup. Yang kau tu, apa hal pakai macam tu? Hatinya menyambung bicara. Sengaja dialihkan pandangannya. Dibeleknya benda yang berada di atas meja lampu tidur.

“Mata macam nak terkeluar. Tak pandang apanya...” Iman masih lagi berbunyi. Sengaja hendak dilihat reaksi Aus yang bagaikan cacing kepanasan sahaja. Padahal tadi masa Aus memandang, jantung dah macam nak terkelur. Takut Aus apa-apakan dia.

“Panaslah. Kau dah tak guna tandas, kan? Aku nak mandi.” Dia terus berlalu masuk ke dalam bilik air.

“Kan baru tadi aku guna. Kau ni pun...Itu pun nak beritahu. Isy...” Iman mencebik. Sikat digapai dan perlahan rambutnya disisir kemudian bergerak ke katil.

“Wah, selesanya dapat baring atas katil...” bual Iman sendiri. Tadi dia menegur Aus, sekarang dia pula yang bercakap sendiri.

Beberapa ketika Iman melabuhkan tubuhnya di atas katil, Aus keluar dari bilik mandi. Sekadar bertuala dengan rambut yang sedikit serabut.

“Apa kau buat tu, Aus? Kau tak reti bawa baju ke masuk bilik air?” getus Iman sambil pantas tangannya menggapai bantal dan menekup mukanya.

Hati Aus bergelak ceria. Tadi tahu nak sakat aku. Aku baru gertak sikit dah tutup muka. Lagilah teruk. Tapi...

“Kau dah pakai baju ke belum?” getus Iman masih lagi seperti tadi.

“Alah. Tutup aje lampu. Tak nampaklah aku tak pakai baju,” seloroh Aus. Bibirnya sudah tersenyum melihat gelagat Iman. Geli hati melihatkan Iman yang kadang lurus saja. Itulah, tadi ada hati nak kacau aku. Hati Aus semakin galak hendak mendengki Iman. Baju dan seluar disarung ke tubuh.

“Oi. Kau nak tutup muka sampai bila? Lemas nanti, aku juga yang susah.” Sengaja dia berbaring di atas katil dan bergerak-gerak mendekati Iman yang masih kaku menutup mukanya dengan bantal kepala.

“Kau...dah pakai baju ke belum?” gumam Iman lagi, perlahan. Tubuhnya digerakkan, cuba hendak jauh daripada Aus. Tapi teragak juga sebab tak nak jatuh ke bawah pula nanti disebabkan mengelak. Makin nampaklah nanti dia menggelabah.

“Alah. Macam tak biasa. Adik kau semua lelaki, kan? Eleh...Nak malu pula dia ni.” Sengaja disenggolnya lengan Iman.

“Kau jangan, Aus.” Iman mengengsot kemudian turun dari katil dengan muka yang ditutup dengan bantal. “Memanglah adik aku lelaki, tapi itu adik aku. Kau tu...Isy...kau pergilah pakai baju.” Dia masih lagi begitu.

“Isy...Banyak benda tak elok dalam kepala otak kau ni. Aku dah pakai bajulah. Apalah kau ni.” Aus tergelak kecil. Geli hati melihat Iman begitu.

“Sampai hati kau.” Iman menurunkan bantal daripada terus menutupi mukanya. “Nasib baik aku tak nangis. Kalau tak...hilang 10 persen kemacoan aku,” gumam Iman perlahan.

“Kau nak nangis ke?” Tawa Aus pecah. Wajah kemerahan Iman dipandangnya.

“Dahlah kau ni. Aku mengantuk tahu. Sana sikit. Kau jangan tepikan bantal ni eh. Kau tidur hujung-hujung sana. Jangan dekat walaupun seinci. Kalau tak, siap kau,” arah Iman sambil meletakkan bantal kepalanya tadi di tengah, di antara dia dan Aus sebelum kembali berbaring.

“Garangnya...Takut sangat aku nak buat apa-apa.” Aus masih lagi dengan senyumannya.

Iman mencebik kemudian berbaring, membelakangkan Aus.

“Tak baik tau membelakangkan suami...” duga Aus lagi. Matanya masih tidak boleh tidur, jadi sengaja dia menyakat Iman.

“Siapa suami...” Iman menghentikan pengucapannya ketika otaknya yang baru hendak membidas mula berfikir. Iman terus berpaling. Matanya terus-terus rapat.

“Iman, pergilah tutup lampu. Aku tak boleh tidurlah kalau lampu hidup.” Aus masih lagi tidak puas hati apabila Iman tidak mahu melayan dia berbual.

“Jangan tutup lampu. Kau tutup aku kerat jari kau. Biar aje.” Iman pula mengeluarkan arahannya.

Eh, dia ni. Ada aje jawabnya, getus hati Aus. Dia berpaling menentang wajah itu. Beberapa ketika dia memandang wajah itu...tangannya mula bergerak hendak menyentuh wajah itu. Perlahan-lahan tangannya semakin mendekati Iman yang matanya masih rapat tertutup.

“Kau tidur jangan bergerak banyak sangat. Nanti kalau aku tersedar, aku kejut kau sampai bangun,” gumam Iman membuatkan Aus menarik kembali tangannya dan belakang kepalanya disentuh. Jantungnya berdegup pantas.

“Eh...Aku tidur memang banyak bergerak. Kadang-kadang sampai sipi-sipi lagi nak jatuh katil,” jawab Aus menutup gugupnya waktu itu. Tangan digenggam.

“Hah, yalah. Lepas tu senang aku nak tendang kau turun dari katil. Tak gitu?” Mulutnya bergerak tapi matanya tertutup rapat.

Lima minit berlalu. Senyap. Aus yang masih terbuka luas matanya masih lagi memandang wajah di hadapannya itu. Ada rasa gatal tangan hendak menyentuh diri itu. Entah kenapa. Isy, memang banyak betul makhluk bertanduk berkeliaran dalam bilik ni. Tapi...tak apalah, dia dah jadi isteri aku. Kenapa pula makhluk bertanduk tu nak menghasut aku? Isy, bukan-bukanlah otak aku ni. Sekali lagi dia menggerakkan tangannya.

“Kau jangan nak gerak sampai terkena aku. Kau nak gerak, jauh-jauh. Aku sensitif tau. Kau tersentuh rambut aku pun aku boleh tersedar.” Sekali lagi Iman bersuara, membuatkan Aus kembali menarik tangannya.

Dia ni macam ada sixth sense aje. Tahu aje aku nak buat apa, getus hati Aus. Tubuhnya digerakkan dan berbaring terlungkup. Tapi wajahnya masih lagi memandang muka Iman. Adalah dalam satu jam dia begitu. Tangannya sekali lagi gatal. Perlahan-lahan jari telunjuknya mendekati pipi Iman. Pup! Disentuhnya lembut.

Tidur? Aus tersengih. Akhirnya tidur juga kau. Bantal di tengah tadi diambil dan perlahan-lahan dia mengangkat kepala Iman dan diletakkan bantal itu untuk melapisi kepala Iman. Sanggup tu dia tidur tak pakai bantal semata-mata nak buat penghalang antara dia dan Aus.

Aus dengan senyuman lebar kembali melabuhkan kepalanya. Matanya tetap melekat pada wajah Iman sehinggakan dia tidak perasan pukul berapa dia terlelap.

Comments

Popular posts from this blog

Himpunan Doa Pendek & Ringkas Selepas Solat

Apakah doa yang sesuai nak baca selepas solat?

Bagi yang tak tahu, jangan risau..kita sama-sama belajar. Doa yang saya nak share ialah beberapa himpunan doa yang ringkas dan pendek, yang boleh diamalkan untuk dibaca selepas solat fardhu. Banyakkanlah menadah tangan berdoa kerana Allah sentiasa menantikan doa-doa kita.

DOA RINGKAS YANG PERTAMA

DOA RINGKAS YANG KEDUA









Doa Ringkas Selepas Solat (audio)
Untuk doa ringkas yang kedua ini, disertakan sekali dengan video bagi memudahkan anda membacanya dengan bacaan yang betul. Semoga himpunana doa ini menjadi panduan untuk diamalkan setiap kali selepas solat, mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & di akhirat.

9 Cara Untuk Suami Menikmati Payudara/Tetek Isteri

Kajian sains yang dijalankan mendapati lelaki sangat menyukai perempuan yang mempunyai buah dada atau payudara yang besar kerana ia menandakan kemampuan perempuan itu untuk mengandung dan menyusukan anak. Sebab itulah kebanyakan wanita mengalami pembesaran di kawasan buah dada dan punggung kerana disitulah tersimpannya lemak DHA.
Cara untuk membelai isteri yang mempunyai payudara atau tetek yang besar perlu dilakukan dengan lembut kerana kawasan tetek dan puting tetek adalah kawasan yang sensitif. Biasanya wanita yang kali pertama buah dadanya disentuh akan ghairah. Buah dada yang kecil akan membesar jika ianya selalu dibelai, diramas dan dihisap putingnya. Bagi isteri yang buah dadanya selalu dibelai dan diramas, ianya boleh menimbulkan rasa kegelian jika belaian dilakukan secara gelojoh. Suami perlu pandai mempelbagaikan cara untuk menikmati tetek besar isteri. 
Cara Untuk Suami Menikmati Payudara/Tetek Isteri
1. Jangan terus sentuh buah dada isteri terutamanya di bahagian puting …

Juvana 2.2015.DVDRip.MKV.Full Movie

Sinopsis : Filem kedua ini meneruskan kisah Daim, Botak dan Ayam serta rakan-rakan mereka menyesuaikan diri di dunia luar sebaik sahaja hukuman mereka berakhir. Jalan cerita bermula daripada kesinambungan kejadian dalam filem pertama setelah Botak dan Ayam akhirnya dibebaskan lebih awal ekoran penglibatan mereka menyelamatkan orang awam ketika kejadian rusuhan yang dicetuskan oleh Lan Todak, ketua samseng yang memusuhi mereka sebaik sahaja mereka dipindahkan ke Sekolah Indera Sakti.
Setelah bertemu semula rakan-rakan mereka, Botak pulang ke rumah dengan penuh azam untuk memulakan hidup baru bersama ayahnya, manakala Ayam menuju ke rumah Apek untuk menjaga adik-adiknya seperti yang diamanahkan oleh Apek sehingga dia dibebaskan. Bagaimanapun, harapan mereka untuk masa depan yang lebih baik terpadam dalam masa yang amat singkat. Kini, ayah Botak seorang penagih dadah manakala adik Apek pula menjadi konco geng penjenayah yang dikenali sebagai Geng Jebat. Pada masa sama, Daim …