Skip to main content

Baca Novel Online : Kau, Aku, Kita - Karya Novelis Orkid Edyliyne (Bab 7)

“ENCIK JOHAN, saya balik dulu boleh? Nanti saya datang balik.” Iman pergi berjumpa dengan Encik Johan yang duduk di pejabatnya.

Memandangkan tengah hari sudah menjelang, dia mula risau perihal adik-adiknya di rumah. Entah apa yang dilakukan mereka setelah pulang dari sekolah. Nak mengharapkan adiknya yang kedua itu, jangan haraplah. Alamatnya adik-adik yang lain terbalik pun belum tentu dia hairan.

“Eh, susah payah nak balik. Tak nak lunch dekat-dekat sini aje ke?” tanya Encik Johan bernada pelik sambil melihat Iman yang sudah menerpa ke pintu. Tak menyempat aje si Iman ni.

“Taklah. Saya kena masak untuk adik-adik saya balik sekolah. Boleh, kan?” Dia bertanya hendak minta kebenaran. Tapi macam orang bergegas nak pergi walau apa sekalipun jawapan yang bakal dia terima nanti.

“Oh. Yalah. Nanti jangan lupa datang balik lepas lunch.”

“Beres. Jangan risaulah.” Iman terus berlalu keluar dari pejabat dan terus keluar dari kedai sambil membuka topi yang masih melekat di kepalanya. Kemudian rambutnya dibetulkan.

Pantas dia berlari. Takut tertinggal bas. Nasib baik kedai kek itu dekat dengan tempat bas berhenti. Jadi, tak adalah jauh sangat pun dia nak berlari. Tak sempat nak berpeluh pun.

Hari ni aku nak masak apa eh? Semalam ada Aus belikan macam-macam. Sampai aku tak tahu nak masak apa hari ni. Selalunya ada telur aje. Jadi, senang sikit aku nak memasak. Tak payah fikir panjang. Hatinya berbicara sendiri. Sesampainya dia di hadapan rumah, matanya terbuntang melihat ada kereta mewah yang terparkir di hadapan lamannya.

“Huh? Apa jadi dengan rumah aku ni? Siapa yang datang ni? Ada yang tak kena ke? Rumah kena tarik ke? Aku kena halau ke?” Bagaikan kera sumbang dia ke sana ke mari sambil memegang kepalanya. Risau dan sebagainya, semua ada.

Kelam-kabut dia serbu masuk ke dalam rumah sebab nak tengok adik-adiknya yang berkeliaran di luar sambil tengok kereta besar yang terparkir di depan rumah. Siapa punya kereta?

“Hah, Iman. Balik pun kau. Dah dapat kerja?” Kelihatan ceria saja muka Aus yang duduk di atas lantai sambil bermain dengan Iman Asri yang duduk di pangkuannya.

“Dah.” Iman mengangguk perlahan. Muka Aus tak lepas daripada pandangan mata. Terperanjat habis kerana sangkanya Aus sudah tidak mahu menjejakkan kaki ke rumahnya yang tak ada apa-apa itu.

“Kak Iman, tengok tu. Besar kan kereta Abang Aus...Cantik, Kak Iman. Best. Sejuk dalam tu...” Iman Razif bersuara sambil menarik-narik seluar Iman. Manja betul dia.

“Sementara tunggu kau tadi, aku ada bawa keluar adik-adik kau pergi makan. Dia orang dah lunch. Kau dah makan belum?” tanya Aus masih lagi bersahaja riaknya. Buat macam rumah sendiri saja.

“Dah...Eh, belum. Aku balik nak masaklah ni.” Iman cuba mengawal nada yang keluar supaya tak nampak macam dia ni suka benar Aus datang rumah dan melayan adik-adiknya. Teruja, jangan cakaplah. Kalau Aus ada kena-mengena dengan dia, mahu dipeluknya lelaki itu.

“Hah, baguslah tu. Tu ada nasi lebih aku belikan. Pergilah makan. Kau kena pergi kerja lagi ke ni?” tanya Aus sambil bangun untuk berlalu ke dapur. Macam rumah dia saja.

Membuatkan Iman bingung sekejap. Rumah itu rumah dia atau dia yang tetamu? Iman mengangguk apabila Aus memandangnya. Apa kena dengan si Aus ni? Macam ada apa-apa aje. Tengok muka dia. Tersenyum macam kerang tak cukup khasiat aje aku tengok. Hati Iman terdetik curiga melihatkan kelakuan lelaki itu.

“Iman, aku nak tanya kau sesuatu ni,” getus Aus ketika Iman sedap-sedap melantak.

Adik-adik Iman yang lain sudah bertempiaran bermain. Ada yang buat kerja sekolah, ada yang tidur. Terutamanya Iman Asri. Sudah terlentang di atas lantai, penat melayan Aus.

“Kalau nak tanya tu, kau kena straight to the point okey. Aku tak suka selindung-selindung,” jelas Iman setelah meneguk air.

“Baguslah tu. Aku pun tak suka nak berselindung ni. Kau nak kahwin tak?”

Tersedak Iman mendengar ayat terakhir yang keluar dari mulut Aus. Nasib baik tak ada makanan atau air di dalam mulutnya. Kalau tidak, sudah tersembur ke muka Aus yang duduk bertentang dengannya.

“La...aku dah cakap terus terang kau pula yang tersedak, apa hal?” gumam Aus sambil menghulurkan air kepada Iman.

“Aku terperanjat. Aku silap dengar ke? Tanya sekali lagi. Aku rasa telinga aku sumbatlah, Aus. Dah berapa kurun aku tak korek telinga, kan. Biasalah tu. Kau cakap apa tadi?” Iman sengaja bermuka selamba. Iman rasa macam betul saja apa yang dia dengar tadi. Tapi nak mencari kepastian. Kalau salah nanti, malulah pula.

Tapi takkanlah tiba-tiba tanya pasal kahwin. Nak suruh aku kahwin dengan siapalah pula. Jangan dia jual aku sudahlah. Yalah, dah banyak aku terhutang budi dengan dia. Dengan mafia pun aku tak bayar hutang lagi, aku buat lagi satu hutang. Iman merungut dalam hati. Takut dan kecut semua ada. Jangan disebabkan terhutang budi, dia tergadai body. Itulah prinsip yang dia pegang, menyebabkan dia tak nak bergantung kepada orang. Dan semalam dah Aus datang menghulurkan bantuan dalam dia sesak, siapa yang tak nak, kan?

“Kau ni. Ni dengar betul-betul. Buka telinga kau tu luas-luas sikit. Aku nak kau jadi isteri aku. Boleh? Kahwin dengan aku.”

Terkebil-kebil Iman memandang muka selamba Aus. Kali ni tak ada tersedak, tapi air yang tadi berada di dalam mulut meleleh keluar dari bukaan mulutnya.

“Aku jadi isteri kau? Kau sihat ke tidak ni? Ke kau terlebih makan ubat?” tanya Iman kembali. Walaupun sudah menggelabah tak tentu pasal, Iman tetap juga bernada selamba. Mana boleh. Jatuhlah reputasi dia nanti.

“Aku sihatlah. Kau nak tak? Kau nak jadi isteri aku, aku akan bayar semua hutang kau dengan mafia yang selalu kejar kau tu. Dan adik-adik kau ni, duduk sekali dengan kita. Jadi, tak adalah dia orang ni tak cukup khasiat kau kerjakan. Nak tak?”

Iman rasa macam menghadiri persidangan menandatangani satu perjanjian yang besar saja sekarang ini. Muka Aus dipandang terus. “Aus...”

“Apa?”

“Kau baru kenal aku dua hari, Aus. Tak sampai 48 jam. Kau nak suruh aku jadi isteri kau?”

“Lepas kita kahwin, aku boleh kenal kau lebih lama daripada tu, Iman. Lebih dalam daripada ni, lebih jauh daripada ni, Iman. Itu pun kalau kau nak. Aku tak paksa kau.”

“Kau ni memang gila, Aus.”

“Ya, aku gila Iman Firdaus. Sebab aku tak ada jalan lain lagi. Akhir kata aku nak minta tolong sangat dengan kau.”

“Akhir kata? Apa ke skema sangat ayat kau?” Berdekah-dekah Iman ketawa mendengar perkataan yang diucapkan Aus. Terus terhambur. Pecah perutnya menggelakkan Aus, membuatkan adik-adiknya yang tadi main berpaling memandang mereka berdua.

“Coverlah sikit gelak tu. Aku tak sengaja. Cepatlah, Iman. Kau tolong aku, aku bayar kau. Okey aku bagi kau gaji jadi isteri aku. Amacam?”

“Aku dah ada kerjalah, Aus.”

“Tapi ni kerja part timelah kiranya. Buat duit lebih. Tiga ribu sebulan tak termasuk aku belanja kau atau apa-apa aje. Amacam? Nak?”

Mata Iman dah membulat dan mula berkaca-kaca teruja. Banyaknya dia nak bayar aku jadi isteri dia. Apa aku merepek tak tentu pasal ni? Hatinya mula mencongak duit yang bakal dia dapat. Sebulan, setahun, dua tahun, sepuluh tahun. Wau!

“Mata bersinar. Nak ke tak nak? Tak nak aku terpaksa cari orang lain ni.”

“Kenapa tiba-tiba kau nak aku jadi isteri kau? Tak ada orang lain dah ke? Kau dah terdesak ke?”

“Ya, memanglah.”

Satu per satu Aus ceritakan kepada Iman. Sekejap mengangguk, sekejap menggeleng. Ada yang Iman faham sepenuhnya, ada juga yang dia tak berapa faham, tapi buat-buat faham.

“Habis, sampai bila aku kena jadi isteri kau?”

“Lebih daripada setahun. Nanti kita bincangkan kemudian.”

Dia ni kan, bercakap macam ahli perniagaan aje. Ada pergi cakap skema dengan aku. Padahal nak bincang pasal kahwin aje. Poyolah mamat ni. Sempat Iman mengutuk dalam hati.

“Habis nanti aku kena jadi isteri yang sebetul-betulnyalah? Maksud aku...hmm...yang...”

“Apa? Tidur dengan aku? Suka kaulah. Kalau kau nak, aku bagi aje. Kalau kau tak nak, takkan aku nak paksa kau. Nanti masuk surat khabar muka depan pula. Seorang artis merogol isterinya. Aku tak nak...”

Iman sekali lagi terkedu dengan kata-kata Aus. Dia ni memang jenis yang tak pandai nak bertapis. Iman yang mendengar pun rasa macam nak bagi tapis teh dekat dia.

“Habis, kalau nanti terada anak macam mana?” tanya Iman teragak-agak. Tiba-tiba dia rasa pipinya panas.

Apa ke hal aku ni? Tak pernah-pernah aku nak malu. Tiba-tiba dengan Aus aku boleh nak malu pula ni. Pipi dipegang, menghalang supaya Aus tak nampak pipinya merah-merah. Malulah tu!

“Itu letak tepi. Bincang lain kali. Tapi dengan satu syarat.”

“Syarat? Eh kau yang ajak aku kahwin, kau pula yang letak syarat?” Iman dah kembali normal.

“Syaratnya senang aje. Kalau aku dah jatuh cinta dengan kau, aku takkan ceraikan kau. Macam tu juga sebaliknya. Aku takkan lepaskan kau, kalau kau dah jatuh cinta dengan aku. Tapi kau janganlah melebih nak goda aku pula.”

Kurang asam punya ayat.

“Tapi kalau kau dah jatuh cinta dengan aku...kau bagilah tahu. Jadi, aku tahulah. Janganlah kau nak sembunyi-sembunyi kan. Amacam? Bernas tak syarat aku?”

Iman memang wajah Aus. Sekejap terkebil-kebil, sekejap menelan air liur.

Comments

Popular posts from this blog

Himpunan Doa Pendek & Ringkas Selepas Solat

Apakah doa yang sesuai nak baca selepas solat?

Bagi yang tak tahu, jangan risau..kita sama-sama belajar. Doa yang saya nak share ialah beberapa himpunan doa yang ringkas dan pendek, yang boleh diamalkan untuk dibaca selepas solat fardhu. Banyakkanlah menadah tangan berdoa kerana Allah sentiasa menantikan doa-doa kita.

DOA RINGKAS YANG PERTAMA

DOA RINGKAS YANG KEDUA









Doa Ringkas Selepas Solat (audio)
Untuk doa ringkas yang kedua ini, disertakan sekali dengan video bagi memudahkan anda membacanya dengan bacaan yang betul. Semoga himpunana doa ini menjadi panduan untuk diamalkan setiap kali selepas solat, mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & di akhirat.

9 Cara Untuk Suami Menikmati Payudara/Tetek Isteri

Kajian sains yang dijalankan mendapati lelaki sangat menyukai perempuan yang mempunyai buah dada atau payudara yang besar kerana ia menandakan kemampuan perempuan itu untuk mengandung dan menyusukan anak. Sebab itulah kebanyakan wanita mengalami pembesaran di kawasan buah dada dan punggung kerana disitulah tersimpannya lemak DHA.
Cara untuk membelai isteri yang mempunyai payudara atau tetek yang besar perlu dilakukan dengan lembut kerana kawasan tetek dan puting tetek adalah kawasan yang sensitif. Biasanya wanita yang kali pertama buah dadanya disentuh akan ghairah. Buah dada yang kecil akan membesar jika ianya selalu dibelai, diramas dan dihisap putingnya. Bagi isteri yang buah dadanya selalu dibelai dan diramas, ianya boleh menimbulkan rasa kegelian jika belaian dilakukan secara gelojoh. Suami perlu pandai mempelbagaikan cara untuk menikmati tetek besar isteri. 
Cara Untuk Suami Menikmati Payudara/Tetek Isteri
1. Jangan terus sentuh buah dada isteri terutamanya di bahagian puting …

Juvana 2.2015.DVDRip.MKV.Full Movie

Sinopsis : Filem kedua ini meneruskan kisah Daim, Botak dan Ayam serta rakan-rakan mereka menyesuaikan diri di dunia luar sebaik sahaja hukuman mereka berakhir. Jalan cerita bermula daripada kesinambungan kejadian dalam filem pertama setelah Botak dan Ayam akhirnya dibebaskan lebih awal ekoran penglibatan mereka menyelamatkan orang awam ketika kejadian rusuhan yang dicetuskan oleh Lan Todak, ketua samseng yang memusuhi mereka sebaik sahaja mereka dipindahkan ke Sekolah Indera Sakti.
Setelah bertemu semula rakan-rakan mereka, Botak pulang ke rumah dengan penuh azam untuk memulakan hidup baru bersama ayahnya, manakala Ayam menuju ke rumah Apek untuk menjaga adik-adiknya seperti yang diamanahkan oleh Apek sehingga dia dibebaskan. Bagaimanapun, harapan mereka untuk masa depan yang lebih baik terpadam dalam masa yang amat singkat. Kini, ayah Botak seorang penagih dadah manakala adik Apek pula menjadi konco geng penjenayah yang dikenali sebagai Geng Jebat. Pada masa sama, Daim …