Skip to main content

Baca Novel Online : Kau, Aku, Kita - Karya Novelis Orkid Edyliyne (Bab 4)

TERBELIAK mata Iman memandang lori yang terparkir di hadapan rumahnya. Kelihatan Aus turun dari tempat penumpang bahagian hadapan. Apa yang dah jadi ni? Aku masuk rancangan Bersamamu ke? Apasal macam banyak sangat aje benda yang Aus beli ni? Ada kamera ke tidak ni? Nak kena senyum ke tidak ni? Iman membebel dalam hati sambil terkebil-kebil memandang benda di hadapan matanya.

“Apa yang kau berangan? Tolonglah angkat. Banyak tu,” suruh Aus sambil memandang Iman sementara dia membawa barang-barang yang dia beli.

“Banyaknya?” Naik pelik Iman dibuatnya. Aus ni, pengacara rancangan Bersamamu tu ke? Siapa artis jemputannya? Anuar Zain? Ziana Zain? Itu aje pun yang aku tahu artis Malaya ni, bebel Iman panjang dalam hati.

“Yalah. Boleh aku lepak rumah kau esok lusa.”

“Kak Iman, Abang Aus belikan ni untuk Man Uteh.” Satu plastik makanan ringan ditayangkan di hadapan muka kakaknya.

Iman terliur juga melihatnya sebab dah lama tak makan benda itu.

“Dah, masuk-masuk. Jangan main panas dekat luar tu,” arah Iman sambil membawa barang-barang yang masih berbaki dekat depan pintu.

Melangkah saja masuk ke dalam rumah, tergamam lagi dia tengok Aus yang sudah mula membuka baju sejuknya. Kenapa keluar mesti pakai benda-benda tu? Keluar macam tu aje tak boleh ke? Persoalan yang dah tentu-tentu tak ada jawapannya sebab dia bertanya hanya kepada benaknya sahaja.

“Kau memang suka tengok orang sampai air liur meleleh eh? Dah habis belum angkat barang tu?” Iman Asri digendong. Dah macam orang gaji dia suruh Iman melakukan kerja.

Iman mencebik. “Ada lagi sikit.” Iman terus melangkah keluar.

Tadi tong gas Aus sudah angkat bawa masuk ke dalam sewaktu Iman di luar, menurunkan barang-barang dari lori. Jadi yang tinggal hanyalah barang-barang kecil di dalam plastik. Iman sendiri tidak tahu kenapa mudah sangat dia menerima pertolongan yang diberikan Aus. Nanti terhutang budi dengan orang, baru tahu. Nak buat macam mana, dah ada orang yang datang waktu dia dalam kesusahan begini. Nanti kalau Aus pula yang susah, dia pula yang bantu. Hidup, kan seharusnya macam itu. Yang ada menolong yang tiada.

“Dah tersengih-sengih pula...” Kedengaran suara Aus mengganggu ketenteraman Iman berangan di tengah hari.

Muka Aus yang duduk memangku Iman Asri itu dipandang. Iman Razif sudah sibuk makan keropok di hadapan Iman.

“Cepatlah masak. Aku dah lapar ni.” Muka comel, Aus pamerkan.

Terkontal-kantil Iman membawa barang yang lain masuk ke dapur dengan muncung yang sedepa. Semua disediakan sebelum mula memasak.

“BOLEH tahan sedap juga kau masak. Boleh buat isteri. Kenapa tak kahwin aje?” tanya Aus dengan muka selambanya di depan adik-adik Iman selepas tangan dibasuh.

“Siapa yang nak dengan aku yang tak berharta ni? Kau tak payah nak merepek.”

“Kak Iman, aku nak keluar.” Iman Adrian yang sudah habis makan dan basuh tangan terus sahaja masuk ke dalam biliknya.

“Ke mana?”

“Pergi rumah Cikgu Nizam.”

“Jangan balik lewat sangat.”

Iman Adrian tidak menjawab dan terus sahaja keluar rumah. Budak seorang ini, kadang-kadang dia punya perangai boleh Iman kawal sebab dia ini seorang yang pandai dan boleh berfikir. Cuma kadang-kadang kalau dah datang sawan dia nak kurang ajar, mulalah dia tak terkawal. Nak kata Iman Adrian rajin, memang dia rajin nak belajar. Yalah, ada kesedaran selapas tengok kakak dia bersusah payah semenjak mak dan abah mereka meninggal dunia.

“Oi...Kau dapat air dekat mana?” tanya Aus pelik sambil kembali duduk dekat lantai tempat mereka makan tadi.

“Air tadah.”

“Tadah?”

“Air hujan, aku tadah. Sedap, kan?”

Aus terkeras mendengar penjelasan Iman. Yalah, kan Iman dah cakap dari awal lagi yang rumah dia tak ada air dan air hujan pun bersih, boleh dibuat masak. Okey apa. Jimat.

“Lepas ni kau jangan buat macam tu lagi. Kau masaklah guna air paip. Nanti aku kena kanser kalau hari-hari makan dekat rumah kau ni.”

“Boleh kena kanser ke kalau masak guna air hujan?”

“Aku main-main ajelah.” Aus tersengih. Lurus betul minah ni.

Iman merengus geram.

“Iman. Ni...buatkan susu untuk Asri ni. Kau ni tak kesian ke tengok dia terkulat-kulat macam ni. Pergi sana. Aku ada belikan susu untuk dia tadi.” Tubuh Iman Asri diangkat. Suka-suka saja Aus mengarah orang.

Seharian, Iman cuma mampu melihat Aus melayan adik-adiknya dan dia yang dilanda kepenatan yang amat sangat itu, terbongkang terus tidur. Tak tahu nak buat apa. Fikir pasal macam mana nak cari duit untuk sara adik-adik dia itu lagilah memenatkan otak.

“Iman.” Aus bangun dan menggapai baju sejuknya. “Aku baliklah. Risau pula nanti parents aku dekat rumah tu.”

Iman mengangguk sambil bangun. Adik-adiknya semua sudah terbongkang tidur. Penat melayan Aus. Iman Asri pun baru saja tidur. Sekejap lagi sudah hendak menginjak maghrib. Rumah Iman mulalah malap.

“Kau tu pergilah mandi. Baru pergi cari kerja. Baru orang nak ambil kau kerja. Surau tu dekat aje depan nu. Kau tu aje yang pemalas. Dah, aku balik ni,” bebel Aus sambil mengenakan cermin mata hitam pada wajahnya.

Dia nak nasihat tapi guna ayat pedas. Kurang asam betul.

“Susun barang-barang yang aku beli tu. Jangan biar benda tu duduk dalam plastik. Jaga diri. Bye,” ucap Aus sambil melangkah setelah menyarungkan kasutnya.

Ni ke kali pertama dan kali terakhir aku kenal dengan dia? Dia datang lagi ke nanti? Bukan aku minta dia datang tolong aku, tapi cukuplah jadi teman untuk aku berbual melepaskan perasaan yang bersarang ni. Iman mengeluh sendiri melihat langkah Aus.

Perlahan-lahan dia melangkah masuk selepas melihat Aus sudah berjalan sampai ke hujung jalan sambil menelefon seseorang. Masuk dapur, plastik yang berlambak dengan barang-barang yang Aus beli tadi, dijenguk. Tak sempat nak tengok apa yang dibeli Aus untuk dirinya. Satu, satu barang dikeluarkan. Gula, tepung, garam. Plastik lain pula ditarik.

“Erk! Sabun? Macam perli aku aje beli sabun sampai berbuku-buku ni. Nak suruh aku berniaga sabun ke apa? Patutlah suruh aku mandi.”

Satu kertas yang terselit antara barang di dalam plastik, diambil kemudian dibelek. “Duit? Se...se...se...Apasal aku jadi gagap pula ni?”

“Tak pernah aku pegang duit banyak ni. Duit Aus ke tertinggal dalam plastik ni? Sekeping seratus. Ada kertas lagi? Oh...Bukan duit,” tambahnya sendiri.

Duit ni buat pergi cari kerja esok. Harap kau dapat kerja. Aku ada tengok satu kedai kek dekat-dekat tempat aku jumpa kau tadi ada nak pakai orang. Cuba pergi minta. Good luck. Ni bukan kesiankan kau, ini bayaran sebab bagi aku duduk rumah kau sampai petang. – AUS

Iman terkebil-kebil. Apa kena dengan dia ni? Kurang kasih sayang ke?

Comments

Popular posts from this blog

Himpunan Doa Pendek & Ringkas Selepas Solat

Apakah doa yang sesuai nak baca selepas solat?

Bagi yang tak tahu, jangan risau..kita sama-sama belajar. Doa yang saya nak share ialah beberapa himpunan doa yang ringkas dan pendek, yang boleh diamalkan untuk dibaca selepas solat fardhu. Banyakkanlah menadah tangan berdoa kerana Allah sentiasa menantikan doa-doa kita.

DOA RINGKAS YANG PERTAMA

DOA RINGKAS YANG KEDUA









Doa Ringkas Selepas Solat (audio)
Untuk doa ringkas yang kedua ini, disertakan sekali dengan video bagi memudahkan anda membacanya dengan bacaan yang betul. Semoga himpunana doa ini menjadi panduan untuk diamalkan setiap kali selepas solat, mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & di akhirat.

9 Cara Untuk Suami Menikmati Payudara/Tetek Isteri

Kajian sains yang dijalankan mendapati lelaki sangat menyukai perempuan yang mempunyai buah dada atau payudara yang besar kerana ia menandakan kemampuan perempuan itu untuk mengandung dan menyusukan anak. Sebab itulah kebanyakan wanita mengalami pembesaran di kawasan buah dada dan punggung kerana disitulah tersimpannya lemak DHA.
Cara untuk membelai isteri yang mempunyai payudara atau tetek yang besar perlu dilakukan dengan lembut kerana kawasan tetek dan puting tetek adalah kawasan yang sensitif. Biasanya wanita yang kali pertama buah dadanya disentuh akan ghairah. Buah dada yang kecil akan membesar jika ianya selalu dibelai, diramas dan dihisap putingnya. Bagi isteri yang buah dadanya selalu dibelai dan diramas, ianya boleh menimbulkan rasa kegelian jika belaian dilakukan secara gelojoh. Suami perlu pandai mempelbagaikan cara untuk menikmati tetek besar isteri. 
Cara Untuk Suami Menikmati Payudara/Tetek Isteri
1. Jangan terus sentuh buah dada isteri terutamanya di bahagian puting …

Juvana 2.2015.DVDRip.MKV.Full Movie

Sinopsis : Filem kedua ini meneruskan kisah Daim, Botak dan Ayam serta rakan-rakan mereka menyesuaikan diri di dunia luar sebaik sahaja hukuman mereka berakhir. Jalan cerita bermula daripada kesinambungan kejadian dalam filem pertama setelah Botak dan Ayam akhirnya dibebaskan lebih awal ekoran penglibatan mereka menyelamatkan orang awam ketika kejadian rusuhan yang dicetuskan oleh Lan Todak, ketua samseng yang memusuhi mereka sebaik sahaja mereka dipindahkan ke Sekolah Indera Sakti.
Setelah bertemu semula rakan-rakan mereka, Botak pulang ke rumah dengan penuh azam untuk memulakan hidup baru bersama ayahnya, manakala Ayam menuju ke rumah Apek untuk menjaga adik-adiknya seperti yang diamanahkan oleh Apek sehingga dia dibebaskan. Bagaimanapun, harapan mereka untuk masa depan yang lebih baik terpadam dalam masa yang amat singkat. Kini, ayah Botak seorang penagih dadah manakala adik Apek pula menjadi konco geng penjenayah yang dikenali sebagai Geng Jebat. Pada masa sama, Daim …