Skip to main content

Baca Novel Online : Kau, Aku, Kita - Karya Novelis Orkid Edyliyne (Bab 6)

“KALAU macam tu, bolehlah saya ambil awak bekerja. Bila nak mula?” tanya pengurus kedai kek itu dengan senyuman manis. Wajah Iman dipandang menyeluruh.

“Okey. Terima kasih. Hari ni pun boleh.” Semangat habis dia hendak memulakan kerjanya. Ni semua berkat aku jumpa makhluk sama nama dengan aku tulah. Apa agaknya Aus buat hari ni eh? Berangan Iman seketika mengenangkan perihal Aus.

“Oh, boleh aje. Jomlah. Kita mula daripada benda-benda yang basic dulu.”

Iman yang duduk di kerusi yang bertentangan cuma mengikut dan mengangguk. Patutlah dia nak pekerja segera. Memang kedai kek itu baru sahaja dibuka beberapa hari lepas. Katanya cawangan baru. Lepas itu, dia seorang sahaja. Dialah bos, dialah kuli. Masa Iman datang tadi, bersemangat saja muka Encik Johan bila Iman kata dia datang hendak meminta kerja.

“Nah. Ganti baju dengan seluar dulu. Saya tunggu depan.”

Satu kemeja putih lengan pendek dengan seluar hitam diserahkan kepada Iman yang tadi mengikutnya sampai ke bilik pejabatnya di bahagian tepi kaunter. Bersama satu topi hitam putih melambangkan kedai kek itu.

Huh! Mesti aku nampak bergaya pakai baju ni, desis hati Iman. Selesai menyarung baju dan seluar yang diberi, dia pun berlalu ke depan, mencari Encik Johan untuk memulakan hari pertamanya bekerja.

“Hah, Iman. Dah?” tanya Encik Johan dengan senyuman.

Iman mengangguk.

Bahagia habis muka Encik Johan melihat Iman yang tersenyum ceria.

Huh! Bergayanya aku. Dah lama aku tak pakai kemeja dengan seluar slek ni. Sekali lagi Iman perasan dengan diri sendiri. Tak sudah nak memuji diri.

AUS memandang kiri dan kanan. Tiada siapa. Kakinya terus pantas melangkah. Sempat dia menggapai kunci keretanya. Wah...memang line sangat-sangat clear hari ni. Takkan tak ada sorang pun nak tahan? Aus berbisik dalam hati. Selalunya, kalau dia nak keluar, ada sahaja halangannya. Terutama musuh ketatnya itu, Mustafa Ali.

Dia mengenakan kasutnya. Rambut dibetulkan sebelum mengenakan topi ke kepalanya. Cermin mata hitam dari tadi sudah bertenggek pada batang hidungnya. Sampai di garaj. Kunci ditekan. Berdecit bunyinya. Sekali lagi dia memerhati sekeliling, memastikan memang tak ada orang hendak menghalangnya kali ini. Berpusing sahaja...

“Astaghfirullah al-azim. Mummy...”

Menjengul Datin Raisya entah dari mana tiba-tiba berdiri di sisi pintu kereta tempat pemandu.

“Nak pergi mana, sayang?” tanya Datin Raisya dengan senyuman. Baju Aus ditepuk perlahan. Mungkin pada matanya ada sedikit habuk yang melekat di situ.

Aus tersengih. “Jumpa bakal menantu mummy sekejap.”

“Really? Mummy boleh ikut tak?” Roti sandwic di tangan disua ke mulut Aus.

Terkebil-kebil seketika Aus dibuatnya. Mummy ni kadang-kadang suka buat magis. Tiba-tiba saja ada benda yang dia akan keluarkan.

“Boleh ke tidak?” tanya Datin Raisya sekali lagi. Bundar matanya memandang wajah anaknya yang seorang itu.

Berat Aus menelan apa yang berada di dalam mulutnya sebelum menjawab. “Tak payah dululah, mummy. Nanti mummy pergi dengan daddy aje esok.”

“Okey. Pergi tu jangan bawa kereta laju-laju. Lampu merah, berhenti. Jangan redah aje. Pakai tali pinggang, jangan nak tunjuk maco dengan tak pakai tali pinggang. Nanti kena saman, daddy membebel pula. Bila dah jumpa bakal menantu mummy nanti...bla...bla...bla...”

Hanya pesanan yang depan sahaja Aus dengar. Yang belakang semua dia tak dengar sebab dah terlampau banyak pesanan yang keluar. Adalah dalam 15 minit dia dipesan tanpa henti. Aus mengangguk setelah selesai Datin Raisya mengucapkan perkataan yang terakhir.

“Okey. Aus pergi dulu, mummy.” Tangan Datin Raisya digapai untuk disalam.

“Sekejap. Minum susu dulu.” Segelas susu dihulur.

Aus menyambutnya. Kan dah cakap tadi, mummy memang ada magis. Air susu itu diteguk perlahan.

“Dah, mummy. Thanks.” Gelas diserahkan kembali kepada Datin Raisya.

“Okey...Kirim salam dekat bakal menantu mummy ya, sayang.” Bekas susu yang tercalit pada pipi Aus dilap menggunakan jarinya.

“Insya-Allah, mummy.” Ibu jari ditunjukkan sebelum membuka pintu dan tubuh masuk ke dalam kereta.

Belum sempat Aus hendak menghidupkan enjin, Datin Raisya sudah berlalu meninggalkan garaj. Biasanya Datin Raisya takkan tunggu lama jika sudah menghantar hingga ke garaj.

Seperti semalam, hendak ke tempat Iman mengambil masa hampir sejam juga. Aus ingat semua jalan yang dilalui kereta Mus semalam supaya senang dia hendak pergi sendiri. Memandangkan hari itu Mus ada kerja lain di luar dari pagi sampai ke petang, jadi adalah can untuk dia menggunakan keretanya yang bunyinya memang mengaum. Kalau nak larikan diri pun memang satu bandar dengar ngaumannya itu. Sebab itulah selalu kalau ada Mus, dia lari naik teksi saja. Senang, tak adalah Mus menyusahkan diri untuk kejar dia sebab Mus memang tak sedar waktu bilanya dia keluar.

Jam pada dashboard dipandang. Baru sahaja menginjak 12.00 tengah hari. Jadi kenderaannya dilencongkan seketika untuk ke kedai, membeli sesuatu untuk adik-adik Iman. Memandangkan belum lagi waktu budak-budak balik sekolah, dia berkira-kira mesti tak ada orang di rumah Iman.

Selesai membeli dia terus menuju ke rumah Iman. Sampai di sana dia sedikit terkejut melihatkan pintu jerigi sahaja yang tertutup. Pintu kayu terbuka luas, menunjukkan ada orang di dalam rumah. Siapa ada dekat rumah kalau masing-masing pergi sekolah? Takkan Iman boleh tinggalkan Iman Asri sendiri?

Aus pantas memarkirkan kereta di pekarangan rumah Iman memandangkan pintu pagar pun tak ada. Keluar sahaja dia dari kereta, dia melihat Iman Razif terjenguk-jenguk di depan pintu bersama Iman Asri di sisinya.

“Siapa tu, Man Alang?” Kedengaran suara Iman Haris dari dalam rumah, membuatkan Aus tersenyum nipis. Lega sedikit daripada terus memikirkan yang Iman meninggalkan adik bongsunya sendiri di rumah tanpa sesiapa menjaganya.

“Abang Aus...” Iman Razif menjawab sambil memandang Iman Haris yang baru kelihatan.

Iman Haris yang masih berbaju sekolah itu tersenyum kepada Aus sebelum dia bergegas mendapatkan kunci yang tergantung pada dinding.

“Hei...Dah mamam?” tanya Aus kepada Iman Asri sementara menunggu Iman Haris membuka pintu.

“Mamam...” Iman Asri mengulang kembali perkataan yang disebut Aus.

“Kak Iman tak cakap pun Abang Aus nak datang.” Pintu dikuak dan spontan tangan Aus diraih untuk bersalam. Lebih mesra berbanding semalam.

“Abang Aus saja aje nak singgah. Haris baru balik sekolah ke?” tanya Aus lagi sambil mengangkat Iman Asri yang memintanya berbuat begitu.

“Yalah. Haris balik sekolah pukul 12.00. Haris kan baru darjah tiga...” Dengan senyuman dia menjawab. Lebih selesa nampaknya menggunakan kata ganti nama Haris untuk dirinya.

“Ya tak ya. Tu, pergi ambil jajan. Ada Abang Aus beli tu. Dekat dalam kereta. Asri dah minum susu ke belum?”

“Belum...Kan Haris baru balik sekolah...” Sekali lagi dia mengulang kenyataan itu sebelum berlari hendak mendapatkan apa yang dibawa Aus. Gembira dia dengan buah tangan yang dibawa Aus.

“Asri nak minum susu? Jom...” Aus ke dapur sekejap. Dicarinya susu yang baru dibeli semalam di atas kabinet. Setelah menjumpainya, dia menggapai botol susu Asri. Dengan sebelah tangan mengendong tubuh kecil Iman Asri, dia nampak terkial-kial sendiri.

“Abang Aus pandai buat susu ke?” tanya Iman Haris yang entah bila berdiri di muka pintu dapur.

“Erm...pandai...Abang Aus pandai.” Aus menutup perasaan malunya.

Mana dia pernah ada adik. Senang kata tak pernah jumpa budak kecil untuk dibuatkan susu. Jadi memang dia tak pandai langsung! Tapi disebabkan budak kecil yang bertanya kepada dia macam itu, dia hanya tunjuk yang dia pandai.

“Nak Haris tolong ke?” tanya Iman Haris sambil menyerahkan plastik berisi makanan ringannya kepada Iman Razif yang diam berdiri di sisinya.

“Haris pandai ke?” tanyanya kembali.

“Pandailah. Kak Iman dah ajar pagi tadi. Dia kata kena panaskan air dulu...” Satu-satu Iman Haris buat sehinggalah selesai dia membancuh susu untuk adiknya.

Nampak benar yang Iman Haris memang cerdik budaknya. Kalau tidak, masakan dia boleh tanam dalam ingatannya hanya sekali ajar sahaja.

Aus membawa mereka duduk di ruang tamu.

“Habis, kalau Haris pergi sekolah, siapa jaga adik?” tanya Aus memulakan kembali sesi soal siasatnya.

“Man Alang ada...kan dia tak sekolah. Jadi dia jaga Man Usu.” Jujur Iman Haris menjawab. Satu, satu keropok masuk ke dalam mulutnya.

Ternganga mulut Aus mendengar kenyataan itu. Ada dia suruh Iman Razif menjaga Iman Asri? Sendiri? Di dalam rumah sebesar itu tinggal dua ketul budak kecil ni sendiri? Memang Iman ni percaya betul dekat adik-adik dia. “Habis, tak bahaya ke tinggalkan adik berdua aje?”

“Taklah. Man Alang pandai...” Dia tersenyum sambil mengusap kepala adiknya yang senyap sahaja makan apa yang dibawa Aus tadi.

Nampaknya, semua adik-adik si Iman ni pandai. Jadinya, Iman seorang aje ke yang tak berapa tinggi IQnya?

“Oh...Habis ni Abang Fazril dengan Abang Adrian balik pukul berapa?” Selesai sahaja Aus bertanya, kedengaran suara orang di luar.

“Assalamualaikum...”

“Itu Abang Fazril dah balik.” Iman Haris bangun dan diikuti Iman Razif.

“Eh, Abang Aus datang...Patutlah ada kereta cantik ni...” Iman Fazril menegur mesra. Buka sahaja begnya dan diletakkan di tepi, tangan Aus dituju untuk bersalam.

“Yalah. Nak tengok kau orang. Jadi, abang datanglah sini.”

“Oh...” Iman Fazril menyedut air yang dipegang di tangan kemudian diberikan kepada adik-adiknya.

“Mana dapat air tu?” tanya Aus pelik. Iman kata dia tak ada duit, tapi siapa pula yang bagi adik-adik dia duit untuk ke sekolah?

“Ni? Abang Qalam yang jual cendol dekat hujung tu yang bagi. Tadi, kan Fazril lalu depan rumah dia.” Baju dibuka dan dia menuju ke dalam bilik untuk mengambil baju bagi menggantikan baju sekolahnya. Beberapa ketika dia keluar bersama sehelai lagi baju dan seluar. Dihulurkan kepada Iman Haris.

“Balik sekolah teruslah ganti baju. Nanti Kak Iman susah nak basuh banyak baju.” Kelihatan matang dia bercakap sebegitu kepada adiknya.

“Nampak macam sedap aje. Jom teman Abang Aus pergi beli. Kita pergi jalan-jalan cari makan sekali,” cadang Aus dengan senyuman.

“Jom...” Tiga suara bergabung ceria.

“Jom...” Suara pelat Iman Asri menyusul, membuatkan senyuman Aus melebar.

“Habis, Abang Adrian macam mana?” tanya Iman Haris kembali. Memang petah mulutnya berbanding Iman Razif yang banyak mendiamkan diri.

“Dia balik pukul berapa?”

“Nanti pukul 4.00 baru dia balik. Kalau dia tak ada kelas tambahan, dia balik pukul 2.00 nanti.” Iman Fazril menjawab ceria. Gembira barangkali hendak diajak berjalan.

Setelah menyiapkan adik-adik Iman, mereka menaiki kereta Aus. Sebelum membawa mereka ke kedai makan, dia singgah seketika di tempat jual cendol yang dimaksudkan Iman Fazril.

“Tunggu kejap.” Aus membuka tali pinggang keselamatannya sebelum berlalu turun.

“Abang Aus...kita orang nak juga.” Iman Haris meminta dengan muka comel.

“Kak Iman kan tak bagi minta-minta...” Iman Razif bersuara perlahan, seakan berbisik kepada abangnya.

“Tak apalah. Abang belikan okey. Razif nak?”

Spontan pertanyaan itu mendapat anggukan Iman Razif. Patutlah dia diam saja tak berbunyi-bunyi. Ni mesti ada benda yang Iman pesan kepadanya dan dia mengikut. Baik sungguh dia.

Aus membetulkan cermin mata pada wajahnya kerana ramai juga pelanggan yang datang berkunjung ke gerai kecil yang dibuka di hadapan rumah teres itu.

“Abang Qalam, manis sikit eh...Munah suka manis-manis.” Kedengaran salah seorang daripada pelanggan itu meminta.

“Yalah. Sebab tulah Munah manis, kan?” Pandai pula Qalam, si penjual itu mengambil hati.

“Isy, Abang Qalam ni...pandai betullah.” Munah menjawab kembali. Malu-malu.

“Abang Qalam ni kan, dahlah handsome macam Im Aus. Pandai pula ambil hati. Geram tau...”

“Sebab tulah aku suka beli cendol dekat sini. Boleh cuci mata kan.”

Aus yang mendengar bisikkan itu hampir tersedak. Dicari punca suara itu. Dua gadis yang menanti giliran tidak berapa jauh daripadanya sedang berbisik sesama mereka. Lantas ingatannya kembali pada ayat Iman.

“Macam mamat jual cendol sebelah rumah aku tu aje.”

Lagilah buat Aus rasa macam nak pengsan. Ada pula orang boleh copy muka dia. Wajah lelaki yang sentiasa tersenyum itu dipandang. Diamati. Dibelek. Ditilik.

“Bang, nak berapa?”

Pertanyaaan lelaki itu membuatkan Aus terkedu. Dipandang sekeliling. Rupanya dia sudah berada di depan gerai. Betul-betul di depan gerai itu dan dekat dengan lelaki bernama Qalam itu.

“Abang...” Sekali lagi Qalam memanggil.

“Oh...tiga...Bagi tige aje.”

Tak adalah sama pun dengan muka aku. Memang perempuan-perempuan ni mata ada terkucil sikitlah aku rasa. Aku yang sikit punya handsome dia cakap boleh sama dengan muka orang jual cendol? Aus mencebik dalam hati. Riaklah tu.

“Okey, nah. Empat ringgit setengah, bang.”

Aus menghulurkan not lima ringgit dan terus berlalu setelah mengambil plastik air dari tangan Qalam. Memang tak logik langsunglah orang samakan muka dia dengan muka aku. Aus masih lagi tak berpuas hati.

Comments

Popular posts from this blog

Himpunan Doa Pendek & Ringkas Selepas Solat

Apakah doa yang sesuai nak baca selepas solat?

Bagi yang tak tahu, jangan risau..kita sama-sama belajar. Doa yang saya nak share ialah beberapa himpunan doa yang ringkas dan pendek, yang boleh diamalkan untuk dibaca selepas solat fardhu. Banyakkanlah menadah tangan berdoa kerana Allah sentiasa menantikan doa-doa kita.

DOA RINGKAS YANG PERTAMA

DOA RINGKAS YANG KEDUA









Doa Ringkas Selepas Solat (audio)
Untuk doa ringkas yang kedua ini, disertakan sekali dengan video bagi memudahkan anda membacanya dengan bacaan yang betul. Semoga himpunana doa ini menjadi panduan untuk diamalkan setiap kali selepas solat, mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & di akhirat.

9 Cara Untuk Suami Menikmati Payudara/Tetek Isteri

Kajian sains yang dijalankan mendapati lelaki sangat menyukai perempuan yang mempunyai buah dada atau payudara yang besar kerana ia menandakan kemampuan perempuan itu untuk mengandung dan menyusukan anak. Sebab itulah kebanyakan wanita mengalami pembesaran di kawasan buah dada dan punggung kerana disitulah tersimpannya lemak DHA.
Cara untuk membelai isteri yang mempunyai payudara atau tetek yang besar perlu dilakukan dengan lembut kerana kawasan tetek dan puting tetek adalah kawasan yang sensitif. Biasanya wanita yang kali pertama buah dadanya disentuh akan ghairah. Buah dada yang kecil akan membesar jika ianya selalu dibelai, diramas dan dihisap putingnya. Bagi isteri yang buah dadanya selalu dibelai dan diramas, ianya boleh menimbulkan rasa kegelian jika belaian dilakukan secara gelojoh. Suami perlu pandai mempelbagaikan cara untuk menikmati tetek besar isteri. 
Cara Untuk Suami Menikmati Payudara/Tetek Isteri
1. Jangan terus sentuh buah dada isteri terutamanya di bahagian puting …

Juvana 2.2015.DVDRip.MKV.Full Movie

Sinopsis : Filem kedua ini meneruskan kisah Daim, Botak dan Ayam serta rakan-rakan mereka menyesuaikan diri di dunia luar sebaik sahaja hukuman mereka berakhir. Jalan cerita bermula daripada kesinambungan kejadian dalam filem pertama setelah Botak dan Ayam akhirnya dibebaskan lebih awal ekoran penglibatan mereka menyelamatkan orang awam ketika kejadian rusuhan yang dicetuskan oleh Lan Todak, ketua samseng yang memusuhi mereka sebaik sahaja mereka dipindahkan ke Sekolah Indera Sakti.
Setelah bertemu semula rakan-rakan mereka, Botak pulang ke rumah dengan penuh azam untuk memulakan hidup baru bersama ayahnya, manakala Ayam menuju ke rumah Apek untuk menjaga adik-adiknya seperti yang diamanahkan oleh Apek sehingga dia dibebaskan. Bagaimanapun, harapan mereka untuk masa depan yang lebih baik terpadam dalam masa yang amat singkat. Kini, ayah Botak seorang penagih dadah manakala adik Apek pula menjadi konco geng penjenayah yang dikenali sebagai Geng Jebat. Pada masa sama, Daim …