Skip to main content

Baca Novel Online : Kau, Aku, Kita - Karya Novelis Orkid Edyliyne (Bab 8)

“IMAN,” gumam Aus sambil sengaja menyenggol lengan Iman yang duduk kaku membeku di sebelahnya.

“Hah?” Iman menoleh pantas, memandang muka Aus. Matanya membulat.

“Kau...okey ke tidak?” tanya Aus lagi. Nak tanya macam tak nak tanya saja gayanya.

“Kenapa kau tanya macam tu?” Iman kembali memandang jalan yang dilalui kereta yang dipandu Aus. Tak laju, tak juga perlahan.

Kadang otak Iman terfikir-fikir, patutlah adik-adik dia suka sangat bila Aus cakap nak ajak berjalan. Memang selesa bila berada dalam kereta Aus. Nyaman. Macam tuan dia juga. Isy, apa aku merepek ni? Iman mendesah dalam hati.

“Yalah. Aku nak tahu. Sama ada kau okey ke tidak. Kau terasa dengan daddy dengan mummy aku eh?” Pantas mulut dia bercakap. Memang patut pun dia ni jadi anak daddy dia. Perangainya sama saja.

Tadi Dato’ Ashari Irfan dengan Datin Raisya datang ke rumah Iman. Dia orang sangat baik sampaikan Iman tak mampu nak cakap apa dah. Dia pula yang naik malu hendak jadi menantu. Wujud lagi rupanya orang kaya yang baik macam itu. Selalunya yang dia jumpa orang kaya yang suka menindas orang miskin. Siapa lagi kalau bukan mafia yang suka sangat nak mengganggu hidup dia itu. Sakit jiwa dan otak dibuatnya.

Soalan pertama yang daddy Aus tanya waktu datang rumah Iman tadi, “Iman sanggup ke nak kahwin dengan anak daddy?”

Iman yang tak sempat nak bernafas melayan adik-adiknya yang duduk berkeliaran ke sana ke mari, tiba-tiba ditanya macam itu, rasa mahu pengsan. Dato’ Ashari Irfan sama saja macam anak dia, si Aus. Suka menerjah. Tapi, dia orang memang sporting. Dan satu saja yang buat Iman terkedu lagi tergamam. Apabila Dato’ Ashari Irfan membuat keputusan...

“Hoi. Aku cakap dengan kau ni. Berangan aje dia ni.” Senggolan daripada Aus sekali lagi memeranjatkan Iman.

“Mana ada aku berangan.”

“Tak berangan apanya? Cuba kau ulang balik apa yang aku tanya tadi,” suruh Aus dengan muka selamba. Muka Iman ditatap sementara menunggu lampu isyarat kembali hijau.

“Yalah...aku berangan.” Iman memandang ke arah lain. Bersedia ke aku untuk jadi isteri dia dalam masa...

“Apanya kau ni. Isy, aku cekik juga nanti. Mana tempat mafia tu? Itu yang aku tanya tadi,” gumam Aus seakan bersabar saja dengan perangai Iman yang macam ada tak ada saja otaknya. Menerawang tak sudah.

“Oh...Jalan straight ni aje. Nanti dah dekat aku tunjuklah.”

Aus kembali menggerakkan keretanya. “Jangan sampai dah dekat sangat baru nak cakap. Kereta aku ni pakai enjin turbo. Nanti tak sempat nak break. Terlajak pula nanti.”

“Turbo? Apa benda tu?”

Hisy, dia ni...Nak berlawak pun tak boleh. Aus merengus kecil dalam hati dan bibir yang hampir tersengih dengan ayatnya tadi ditahan sebolehnya. Nanti tak pasal-pasal Iman kata dia gila pula.

Macam apa yang Aus kata semalam, dia nak tolong Iman bayarkan hutang mafia tu kalau Iman setuju nak jadi isteri dia. Iman setuju apabila Dato’ Ashari Irfan tanya kepada Iman akan benda yang sama. Iman tak tahu kenapa dia setuju saja tanpa banyak cakap. Mungkinkah sebab Aus atau mungkinkah sebab mummy dengan daddy Aus yang buat wajah sungguh-sungguh nak bermenantukan Iman?

“AUS, kau bagi aje duit tu pada aku. Biar aku aje yang hantar dekat mafia tu,” pinta Iman setelah kereta Aus berhenti di hadapan kelab milik mafia yang ibu bapanya berhutang.

Dia orang hutang dengan seorang ini saja. Tapi, Iman rasa macam dia orang hutang dengan seribu orang. Punyalah penat hidup nak melayan dia orang ni. Berlari ke sana sini semata-mata tak nak kena tangkap. Hancur hidupnya sebagai rakyat Malaysia.

“No. Aku ikut kau.” Tali pinggang ditanggalkan dan enjin dimatikan.

“Haisy. Tak payah, Aus. Ni aku punya masalah. Jadi, biar aku selesaikan sendiri. Kau cuma perlu tunggu aje dekat sini. Okey?” larang Iman.

“Listen. Kalau aku bagi kau masuk sendiri dalam tu, tak ke itu membahayakan kau? Jadi, itu namanya aku tak bertanggungjawab, lepaskan kau pergi sendiri. So...”

Belum habis lagi Aus bercakap, Iman sudah menekup mulut. Nak tergelak dengan cara Aus bercakap. Nada dia dengan gaya dia membuatkan Iman rasa macam tengah berlakon dalam sebuah filem romantis.

“Kenapa kau gelakkan aku?” tanya Aus dengan kerutan pada dahi.

“Kau tengah praktis skrip ke? Kenapa cara kau cakap macam lain macam aje.”

Aus buat muka tak bersalah sambil menyentuh dahinya. Pening kepala dia dengan telatah Iman. Hendak buat macam mana, dia memang macam itu kalau dah syok sangat bercakap.

“Abaikan ajelah. Jom.” Aus terus turun dari kereta sedangkan Iman masih lagi menahan tawa yang bagaikan tak henti menggeletek perut.

Mereka berdua berjalan masuk ke dalam kelab. Isy...Apalah manusia zaman sekarang ni rasa seronok sangat nak duduk dalam ni. Bising, bingit. Isy...rungut hati Iman sendiri.

“Yang kau tergeleng-geleng tu kenapa? Orang lain mengangguk, kau menggeleng? Tarian baru ke?” tanya Aus berseloroh. Sudah ada senyuman pada bibirnya memandang gelagat Iman.

“Sukalah...” Iman mencebik. Sempat muka Aus dijelingnya.

“Iman Firdaus...” Nama Iman disebut, membuatkan dia berhenti bercakap. Matanya tepat memandang satu lelaki yang berbadan agak sasa yang berdiri tidak jauh dari tempat dia dan Aus berdiri.

“Mana bos kau?” tanya Iman berani sambil melangkah mendekati.

“Kenapa nak jumpa dia? Nak menyerah diri? Nak bayar hutang? Atau...dah terdesak nak guna duit?” tanya lelaki tadi dengan muka sinis.

“Kau ingat aku gila ke? Kau tak perlu tahulah. Bukan aku nak berurusan dengan kau pun. Mana dia?”

Dia mafia, Iman jumpa dia orang pun, dia jadi mafia juga. Buat apa nak takut. Dia orang ni pun manusia juga. Kalau kita takut dengan dia orang, dia orang akan pijak-pijak. Jadi, buat-buat tak takut walaupun rasa macam nak lari maraton kalau tengok muka mafia itu satu-satu.

“Ada dekat atas,” tunjuk lelaki itu ketika Iman sudah berada betul-betul di depannya.

Iman terus melangkah. Buat macam kelab itu dia yang punya.

“Eh, kau. Nak ke mana?”

Pertanyaan tu membuatkan Iman menoleh. Lelaki tadi sedang mencekak kolar baju Aus. “Oi. Kau buat apa dengan kawan aku? Dia datang dengan akulah.”

“Oh...” Lelaki itu melepaskan Aus sambil mengangguk bengang.

“Lain kali, jangan belasah aje. Tanyalah elok-elok,” pesan Aus sambil menepuk bahu lelaki tu.

Eh, dia ni. Beramah mesra pula dengan mafia tu. Iman terkebil-kebil dikerjakan Aus. Sama terkebil macam mafia tu. Sopan santun tak bertempat si Aus ni. Dengan mafia pun jadi tu.

“Aku tak nampak pun kau bawa beg nak isi duit. Banyak aku punya hutang tu. Kau tahu, kan? Aku dah cakap dengan kau semalam, kan?” tanya Iman. Baru perasan yang Aus berlenggang saja dengan tangan duduk dalam poket sweater yang dia pakai.

“Zaman sekarang, tak perlu nak bawa beg besar-besar untuk isi duit. Aku tahulah.”

“Macam tu pula?”

“Iman Firdaus. Akhirnya kau datang sendiri juga. Nak apa? Bawa kawan segala,” tegur lelaki yang berdiri di sisi pintu sebuah bilik yang Iman tuju.

“Suka aku nak bawa siapa. Bawa satu kampung pun, apa kau kisah? Aku nak jumpa bos kau,” jawab Iman berhenti melangkah. Kepala dipanggung, menatap tajam muka lelaki tadi.

“Kau, daripada mak bapak kau ada, sampai dia orang dah tak ada, kau macam...” Kata-kata dia terhenti ketika tangan dia yang gatal nak menyentuh muka Iman, dipegang Aus.

“Jangan sentuh isteri aku sesuka hati. Dia nak jumpa bos kau. Aku rasa tak perlu kau membebel panjang.” Perlahan-lahan tangan lelaki itu dilepaskan dengan bibir yang sentiasa tersenyum apabila bercakap.

“Isteri kau? Sejak bila kau kahwin?” gumamnya dengan senyuman sinis.

“Berapa lama kau tak jumpa dia?” tanya Aus kembali. Si Aus ni tenang saja riaknya.

“Adalah dua tiga bulan.”

Dia orang ni main soal jawab ke apa? Dah malam ni ingat aku banyak masa ke nak bermain-main ni? Iman terasa bosan menunggu.

“Aku baru sebulan kahwin dengan dia. Dah, kita orang nak jumpa bos kau. Mana?” Sekali lagi Aus bersuara tenang.

“Tak sangka aku. Tu ada dekat dalam.” Pintu dikuak.

Berpuluh halangan nak berjumpa kepala mafia ni. Kalau Iman tak kena tangkap, tak jumpa dia dengan manusia ini. Si botak ini. Kali terakhir Iman jumpa si botak ini pun tiga bulan lepas rasanya. Waktu itu, dia orang dapat tangkap Iman dan si botak ini suruh Iman kerja dengan dia. Jadi perempuan simpanan dia. Ingat muka handsome sangat agaknya. Kalau muka handsome sekalipun, Iman rasa tak sanggup.

“Iman Firdaus, berkurun saya tunggu awak nak jejak bilik saya ni. What’s up? Perlu duit?” Muka nak ganas. Nama pun kepala mafia. Kalau muka tak ganas kan tak hebat.

“Tak. Aku nak bayar hutang aku. Kali terakhir kau kata 10 ribu. Sekarang, masih 10 ribu ke?” tanya Iman terus dengan muka serius..

Mak abah Iman pinjam dengan si botak dua ribu saja sebab nak bayar duit sekolah anak-anak. Tak sampai sebulan, mak abah Iman meninggal sebab kemalangan. Dan baru enam bulan, dah berganda jadi sepuluh ribu. Memang lintah darat sungguh si botak ni. Iman pun pelik. Betul ke mak abah dia pinjam dengan dia orang? Sebab setahu Iman, abahnya bukankah jenis berhutang sungguhpun keluarga mereka susah. Tapi kebiasaannya mereka adik-beradik masih lagi cukup makannya.

Lagi Iman bertambah pelik. Iman waktu itu ke sana sini mencari kerja nak bantu mak abahnya. Walaupun kerja tak tetap. Kerap bertukar-tukar. Lagipun, Iman mula bekerja sejak umur 16 tahun lagi, sampailah sekarang. Umur dah 19 tahun. Orang lain umur macam dia pergi sekolah, mencari ilmu. Iman terpaksa berhenti sebab tahu mak abah susah.

Memang dia akui kehilangan mak abahnya buat dia bertambah susah. Tak cukup makan, tak cukup nafas dikerjakan. Mana nak mengurus adik-adik yang masih sekolah, mana nak cari kerja untuk sara keluarga. Kadang-kadang rasa macam nak meraung pun ada.

“Mana dapat duit nak membayar hutang saya? Banyak tau. Bukan sikit. Hari tu sepuluh ribu. Sekarang dah tiga bulan bertangguh. Hmm...20 ribu saya rasa sekarang ni.”

Suka hati dia aje. Pergilah kira pakai kulkulator sana. Main sebut aje, desis Iman geram.

“Kau...”

“20 ribu. Here. Cash out kan sendiri. Cukup, kan? Jadi, saya tak nak encik dengan geng-geng encik kacau dia lagi,” pintas Aus sambil meletakkan sekeping kertas di atas meja yang di duduki si botak.

“Dia bayar guna kertas aje? Hutang 20 ribu, bayar dengan kertas?” Iman berbisik kepada dirinya sendiri. Terkejut badak dia melihatnya.

“Hah. Baru saya perasan ada orang lain rupanya. Siapa? Tak pernah nampak sebelum ni. Malangnya Encik...”

“Just call me encik.”

“Okey, encik. Malangnya. Saya tak main bayar guna cek. Saya nak cash.”

“Kenapa? Encik takut saya tipu? Fine. Saya boleh keluarkan duit. Tapi, sekarang dah malam. Saya rasa tak ada bank yang buka dan kalau guna ATM pun tak boleh keluar sebanyak ni. Macam nilah. Ni...” Dia diam seketika menulis sesuatu atas kertas lain. “Nombor saya. Kalau betul tak boleh cash out, call saya.”

“Ini urusan siapa sebenarnya? Dia atau aku?” Sekali lagi Iman bermain kata dengan dirinya. Dah tak ada orang yang nak layan, cakap dengan diri sendiri sajalah.

“Ni nombor...”

“Telefon saya,” jawab Aus pantas sambil menunjukkan telefon bimbitnya.

Si botak ketawa sinis sebelum bangun dari kerusinya. “Hai...Terasa sayang pula nak lepaskan kau. Okeylah, Iman Firdaus. Aku lepaskan kau. But...” Ketawa jahatnya pecah ketika berdiri di hadapan Iman. “Aku akan cari kau sekali lagi kalau...cek yang lelaki ni bagi tak boleh nak cash out. Okay. You may leave. Go...”

Dia terus kembali ke mejanya.

“Thanks...” ucap Iman sebelum melangkah untuk berlalu. Terasa satu beban yang berada di atas bahunya selama ini sudah dialihkan. Bibirnya tersenyum nipis semasa melangkah.

Aus terus mengekori Iman tanpa banyak bicara.



SUDah beberapa ketika kereta Aus berjalan, mulut Iman baru nak terbuka untuk bercakap. “Aus...thanks tolong aku. Tak apa ke duit kau...”

“Kan aku dah janji nak bayarkan. Kau tolong aku, aku tolong kau. Tak payah nak ucap thanks banyak-banyak kali. Sekali...dah cukup. Aku faham.” Pantas saja mulut dia memintas percakapan Iman.

“Tapi...”

“Kau tak payah nak cakap apa-apa lagi. Duduk situ diam-diam.” Tangan Aus rancak memutar stereng.

Thanks sangat, Aus. Kalau tak ada kau, memang aku tak tahu hidup aku macam mana. Aku nak cakap dengan dia, dia tak nak. Jadi, berbual dengan diri sendiri sajalah.

Comments

Popular posts from this blog

Himpunan Doa Pendek & Ringkas Selepas Solat

Apakah doa yang sesuai nak baca selepas solat?

Bagi yang tak tahu, jangan risau..kita sama-sama belajar. Doa yang saya nak share ialah beberapa himpunan doa yang ringkas dan pendek, yang boleh diamalkan untuk dibaca selepas solat fardhu. Banyakkanlah menadah tangan berdoa kerana Allah sentiasa menantikan doa-doa kita.

DOA RINGKAS YANG PERTAMA

DOA RINGKAS YANG KEDUA









Doa Ringkas Selepas Solat (audio)
Untuk doa ringkas yang kedua ini, disertakan sekali dengan video bagi memudahkan anda membacanya dengan bacaan yang betul. Semoga himpunana doa ini menjadi panduan untuk diamalkan setiap kali selepas solat, mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & di akhirat.

9 Cara Untuk Suami Menikmati Payudara/Tetek Isteri

Kajian sains yang dijalankan mendapati lelaki sangat menyukai perempuan yang mempunyai buah dada atau payudara yang besar kerana ia menandakan kemampuan perempuan itu untuk mengandung dan menyusukan anak. Sebab itulah kebanyakan wanita mengalami pembesaran di kawasan buah dada dan punggung kerana disitulah tersimpannya lemak DHA.
Cara untuk membelai isteri yang mempunyai payudara atau tetek yang besar perlu dilakukan dengan lembut kerana kawasan tetek dan puting tetek adalah kawasan yang sensitif. Biasanya wanita yang kali pertama buah dadanya disentuh akan ghairah. Buah dada yang kecil akan membesar jika ianya selalu dibelai, diramas dan dihisap putingnya. Bagi isteri yang buah dadanya selalu dibelai dan diramas, ianya boleh menimbulkan rasa kegelian jika belaian dilakukan secara gelojoh. Suami perlu pandai mempelbagaikan cara untuk menikmati tetek besar isteri. 
Cara Untuk Suami Menikmati Payudara/Tetek Isteri
1. Jangan terus sentuh buah dada isteri terutamanya di bahagian puting …

Juvana 2.2015.DVDRip.MKV.Full Movie

Sinopsis : Filem kedua ini meneruskan kisah Daim, Botak dan Ayam serta rakan-rakan mereka menyesuaikan diri di dunia luar sebaik sahaja hukuman mereka berakhir. Jalan cerita bermula daripada kesinambungan kejadian dalam filem pertama setelah Botak dan Ayam akhirnya dibebaskan lebih awal ekoran penglibatan mereka menyelamatkan orang awam ketika kejadian rusuhan yang dicetuskan oleh Lan Todak, ketua samseng yang memusuhi mereka sebaik sahaja mereka dipindahkan ke Sekolah Indera Sakti.
Setelah bertemu semula rakan-rakan mereka, Botak pulang ke rumah dengan penuh azam untuk memulakan hidup baru bersama ayahnya, manakala Ayam menuju ke rumah Apek untuk menjaga adik-adiknya seperti yang diamanahkan oleh Apek sehingga dia dibebaskan. Bagaimanapun, harapan mereka untuk masa depan yang lebih baik terpadam dalam masa yang amat singkat. Kini, ayah Botak seorang penagih dadah manakala adik Apek pula menjadi konco geng penjenayah yang dikenali sebagai Geng Jebat. Pada masa sama, Daim …