Skip to main content

Baca Novel Online : Kau, Aku, Kita - Karya Novelis Orkid Edyliyne (Bab 2)

“OI...Sorrylah. Aku tak sengaja. Oi!”

Sudah jauh Iman berjalan, dia masih mendengar suara mamat maraton tadi. Iman masih lagi berjalan selamba. Buat tak dengar. Mamat maraton tadi sudah pun sampai di sebelah Iman. Berjalan sambil menyenggol-nyenggol bahu Iman yang masih buat tidak tahu. Ingat nak menari dangdut jalanan ke apa? gerutu hati Iman. Wajahnya semakin selamba alam. Macam tak ada apa-apa jadi saja.

“Okay, fine. Aku Iman Firdaus. Panggil aku Aus aje. Kau?”

Kata-kata lembut yang keluar dari mulut mamat maraton membuatkan Iman berhenti berjalan. Iman membetulkan topi yang berada di kepalanya sebelum kepala dipanggung memandang muka Aus.

Aus juga berhenti mengejut. “Apasal kau senyum?” tanyanya ketika melihat riak Iman. Pelik pula jadinya.

“Patutlah kau lari tadi...”

“Hah?” Aus menjongket kening. Tak faham.

“Aku tahu sebab apa kau lari tadi. Sebab kau dengar nama kau kena panggil, kan?” Iman meneka dengan penuh semangat.

“Hah! Betullah tu. Kan aku dah cakap tadi. Kau ni baru kejap dah hilang ingatan ke? IQ tak tinggi eh? Dah tu kenapa?” Sempat lagi nak mengutuk dalam dia membebel.

“Silaplah kau ni. Orang tu kejar aku, bukannya kau.” Iman kembali meneruskan perjalanannya.

“Maksudnya? Nama kau?” Aus teragak-agak. Takkanlah! Hatinya membentak. Dia rasa namanya itulah yang paling unik. Rasa macam tak boleh percaya ada orang sama nama dengan dia.

“Iman Firdaus tu nama aku jugak. Panggil aku Iman.” Iman yang masih lagi berjalan mendengar orang ketawa berdekah-dekah, membuatkan dia berpaling.

“Kau perempuan...nama macam jantan.” Aus sudah terduduk ketawa. Siap menepuk-nepuk jalan. Tak tahan sangat dengan lawak yang dia dengar.

Iman menggaru kepala. Muka seposen ditayangkan.

“Bro...dahlah. Malulah orang tengok kau ketawa macam ni.” Iman mendekati Aus dan tangan itu ditarik. Dahlah orang tengah ramai, dia boleh nak menarik perhatian orang tengah-tengah alam dengan ketawa tak ingat dunia. Agaknya kalau boleh guling, sudah lama dia guling.

“Okey...okey...” Rasa macam ada lagi benda yang menggeletek perutnya. Aus bangun.

Iman menggelengkan kepala. Memang mamat maraton ni pelik. Apalah nasib aku jumpa orang gila tengah-tengah bandar ni. Iman merungut dalam hati.

“Siapa bagi nama macam tu pada kau?” Aus bertanya pula sambil mereka berjalan seiringan.

“Mak akulah...agaknya. Dia sebenarnya nak anak lelaki. Sekali keluar aku, anak perempuan. Jadi dia letak ajelah nama tu. Macam tu agaknya ceritanya.” Sebenarnya Iman sendiri pun tak tahu apa sejarah namanya itu. Yang pentingnya maknya pernah cakap yang nama itu bawa tuah.

Apa yang bertuahnya kalau hidup tak pernah senang? Sempat lagi Iman teringatkan arwah kedua-dua orang tuanya.

“Betul aje kau ni.” Aus meragui cerita Iman. “Kau nak ke mana ni?” tanya Aus lagi. Masih tak sudah nak soal siasat orang.

“Baliklah.”

“Sebelum ni?”

“Aku pergi cari kerja. Orang tak nak ambil aku kerja. Haisy! Lecehlah. Aku ni ada IC, warganegara, dia orang tak nak ambil. Cuba orang Indon, comel-comel, mesti lincah aje nak ambil.”

Aus hanya memandang Iman membebel. Kadang-kadang dia mengangguk mengiakan kata-kata Iman.

“Kenapalah susah sangat nak cari kerja sekarang ni? Dahlah beras dekat rumah aku tu dah nak habis. Hisy! Memang serabutlah.”

“Habis, yang orang kejar kau tu, kenapa pula?”

Dah kalah polis pula cara Aus menyoal Iman. Nasib baiklah Iman masih boleh berlagak selamba. Padahal dalam hati dia dari tadi anggap Aus ini orang gila.

“Nak suruh aku bayar hutang arwah mak bapak aku dulu. Dua-dua pergi tinggalkan aku dengan adik-adik dengan hutang berlambak. Apa aku nak buat pun tak tahu. Apa yang aku boleh buat bila jumpa mafia tu? Larilah, apa lagi.”

“Macam tu sekali? Tragis betul hidup kau.” Aus menggeleng pula. “Habis, kalau dia orang dapat kau pun, dia orang boleh buat apa? Kau kata kau tak ada duit.”

“Bro...orang sekarang ni, seribu satu benda dia boleh buat kau tahu. Aku ni perempuan. Dia orang pernah dapat tangkap aku sekali dulu. Ada nak suruh aku jadi pelacur dekat club dia. Kurang ajar punya mafia. Dia ingat aku tak ada SPM, aku bodoh sangat agaknya.” Pantas mulut Iman membebel mengalahkan bertih jagung.

“Habis, kau kata kau ada adik. Dia orang tak kacau adik-adik kau ke?”

“Dia orang dapat apa? Adik aku semuanya lelaki. Yang bawah aku tu pun, baru 15 tahun. Tu pun nak uruskan diri sendiri tak boleh lagi. Inikan nak buat kerja. Lagipun, aku dah bagi amaran pada dia orang.”

“Amaran?”

“Yalah. Dia orang tak boleh buat apa-apa pada adik aku. Kalau tidak, aku bakar club dia orang. Bagi rentung. Dia ingat, dia aje boleh jadi mafia? Aku lagi ganas daripada dia orang.”

Mulut Aus ternganga besar. Takkanlah minah macam ni punya kecik berani sangat nak buat benda-benda ekstrem macam tu?

“Takkanlah aku berani buat macam tu. Aku kata, dia nak buat apa-apa pada aku, aku boleh maaf lagi. Tapi jangan kacau adik aku. Kesian dia orang tu, kecik lagi,” tambah Iman dengan nada perlahan. Tak penat mulutnya bercakap dari tadi. Dah orang bertanya, dia pun jawab sajalah. Bukan selalu dia nak bagi cerita percuma fasal masalah dia kepada orang.

“Kau...apa hal tadi? Kau tengah buat apa?” Kini giliran dia pula hendak menjadi tukang soal. Aus asyik mengangguk saja macam burung belatuk.

“Aku jalan-jalan aje tadi. Bosan. PA aku tak bagi sangat aku keluar, aku cabut. Aku ingatkan orang-orang baju hitam tu nak tangkap aku. Yalah. Nak hantar aku balik vila. Bosan gila kau tahu. Sekali aku dapat jalan-jalan, aman sikit hidup.”

Iman pula yang mengangguk. Bosan ke, gila? Sempat dia bertanya dalam hati. “Jadi...kau kerja apa sampai tak boleh keluar rumah? Pengedar dadah?”

“Hisy, kau ni. Mulut tak reti nak cover langsung. Kau ada nampak aku macam tu ke?” Aus memandang kepada dirinya sendiri. Ini mesti sebab jaket yang dia rembat dari ruang tamu rumah tadi sebelum lari. Entah siapa punya agaknya jaket murah itu.

“Manalah tahu. Orang sekarang ni, macam-macam cara nak dapatkan duit.” Iman menyeluk saku seluarnya. Duit seringgit yang berada di atas tangannya dipandang sayu.

“Kenapa?” Aus mencelah sambil melihat apa yang Iman belek di tapak tanganya itu.

Iman tersengih. Patah kaki aku kalau nak berjalan balik rumah ni. Mati kepanasan satu hal pulak. Minggu depan pun belum tentu aku boleh sampai ni.

“Kau nak balik naik apa?”

“Bas.”

“Cukup ke? Rumah kau jauh ke?”

“Kau ni kan...saja aje.” Iman mengeluh dan meneruskan perjalanan sampai ke tempat bas berhenti.

Ramai pula orang di waktu-waktu tengah hari. Otak Iman mula memikirkan apa yang dilakukan adik-adiknya di rumah.

“Oi berangan apa? Okey...Kau nak duit?”

Tanya soalan bodoh pula si Aus ni. Siapa yang tak nak duit?

“Jangan buat muka macam tu. Okey, aku tolong kau, kau tolong aku.”

“Kau jangan bukan-bukan, bro. Aku ada silat, tae kwan do, judo. Semua jenis seni mempertahankan diri aku ada.” Iman meletak tangan bersilang pada dada dan memandang tajam kepada Aus.

“Oi, relakslah. Aku bukan nak suruh kau buat apa-apa. Kau ajar aku macam mana nak naik bas, aku bayarkan kau tambang. Kira itu bayaran kau ajar akulah. Amacam? Nak?”

Dah terdesak, ada pula orang murah hati nak tolong. “Kau ikhlas ke?”

“Yalah. Cepatlah. Boleh?” Sungguh-sungguh Aus bercakap.

“Set! Tunggu sampai bas datang. Itu langkah pertama.” Iman dengan bangganya mengajar sambil berdiri berpeluk tubuh.

Aus dengan senyuman bangga mengikut apa yang Iman buat, membuatkan Iman yang memandangnya, menggelengkan kepala. Apa nak jadi dengan mamat maraton ni. Naik bas pun tak reti. Sempat hatinya mengutuk.

BEBERAPA minit menunggu, bas pun datang dan masing-masing yang tadinya menunggu di bawah bumbung bergegas menaiki bas dan...

“Oi, bro. Kau buat apa tu?” getus Iman apabila terpandangkan Aus yang macam nak pengsan bergegas hendak naik bas.

“Naik baslah. Kau tak nak naik ke?” Susah payah dia berusaha hendak menaiki bas tersebut.

“Oi, bro. Itu bas pergi mana? Kau tak pandai baca ke? Sakit betul.” Iman masih lagi cover maco sambil mengambil tempat duduk memandangkan sudah lengang tempat itu. Ramai orang sudah menaiki bas yang berhenti itu.

“Oh...bukan ini eh?” Aus mula buat muka comel dan terkedek-kedek menutup muka dan duduk di sebelah Iman.

Malulah tu. Padan muka. Siapa suruh pakai serbu aje, cebik Iman dalam hati. Terbit senyuman pada bibirnya, sehingga lesung pipit muncul di tengah-tengah pipinya.

Beberapa lama kemudian...

“Bro...”

“Hmm...”

“Aku tengok kau berpeluh sakan. Ketiak kau tak berlecak ke pakai berselubung segala, macam orang duduk kutub utara ni?”

“Boleh tahanlah.” Aus menyeka peluhnya. “Aku rasa macam duduk dalam sauna pun ada juga. Selalunya duduk dalam aircond. Ni boleh tersilap pula. Nak buat macam mana, maintain ajelah. Nanti buka topi, mati pula aku.”

“Kenapa?” Iman membuat muka pelik dan menyambung. “Kepala kau botak ke? Oi! Botak pun maco jugak apa.”

Aus terkedu sambil memandang Iman kemudian tersengih, membuatkan Iman turut tertarik untuk berpaling.

Botak! Mati gua! Iman jadi serba salah.

“Hah! Bas!” Spontan jari Iman menuding pada bas yang menghampiri. Selamat dia. Boleh pula bas datang tepat pada waktunya. Jadi dapatlah dia lari daripada malu dan serba salah yang mula bergayut.

Pantas Iman menggapai tangan Aus dan meluru masuk ke dalam bas.

“Oi! Bayarlah. Yang kau blur semacam tu kenapa?” getus Iman apabila Aus yang berdiri di sisinya senyap sahaja. Dahlah tadi kata nak bayarkan, boleh pula dia buat muka seposen bila dah naik atas bas.

“Tangan aku.” Aus tersenyum.

Isy! Suka betulkan, kau buat muka comel macam tu. Satu pujian Iman lontarkan. Tapi dalam hati ajelah. Tak nak mamat itu perasan tak bertempat nanti. Iman berdeham sambil melepaskan tangan Aus. Buat macam tak ada apa-apa yang jadi. Siap seluk tangan ke dalam poket seluar. Tekebil-kebil sekejap dia menunggu Aus hendak mengeluarkan dompet untuk bayar tambang.

“Terima kasih, pak cik.”

Sopan santun sungguh si Aus. Iman yang selalu naik bas pun tak pernah nak ucap terima kasih. Mana nak sempat, terus saja nak ambil tempat duduk. Tak nak berdiri punya pasal. Disebabkan lambat sangat menunggu Aus, Iman dengan pantas berjalan sebab matanya sudah terpandangkan kerusi kosong yang ada di barisan belakang.

“Wah selesa...” Dengan muka bangga Iman menghempaskan tubuhnya yang terasa penat.

Wanita yang duduk di sebelah Iman tersengih-sengih sambil memegang hidung, membuatkan Iman mencerlung kepadanya. Ya...aku sedar aku tak sewangi kau. Tak payah nak buat muka macam tu pandang aku. Makan sekali nanti baru kau tahu. Aku dah sehari tak makan ni. Ada nanti masuk berita kejadian tragis di dalam bas. Orang makan orang. Iman membebel dalam hati. Geram dia dengan sikap prejudis sesetengah masyarakat.

“Iman.” Aus menegur, membuatkan Iman baru teringat yang dia ada membawa seseorang tadi.

Iman memandang depan belakang, mencari tempat kosong untuk Aus duduk. Tak ada. “Kau berdirilah. Kau lelaki, kan?”

“Apa kena-mengena aku lelaki dengan kena berdiri?”

“Yalah. Takkan aku yang lemah ni kau nak suruh berdiri? Jadi, kaulah kena berdiri. Sekejap aje sampai.”

“Ya aje kau ni,” sungut Aus sambil memegang palang dekat atas kepalanya. Nasib baik Aus pandai bertindak mengikut keadaan.

Dalam Iman tersenyum pandang muka Aus, perhatiannya jatuh kepada seorang lelaki tua yang terbongkok-bongkok dengan tongkatnya. Hatinya mula terdetik rasa kasihan. “Pak cik. Duduklah,” kata Iman. Dia pun bangun dan berdiri di sebelah Aus.

“Terima kasih, nak.” Lelaki tua itu tersenyum lega dan duduk.

“Oh mama mama.” Spontan Iman memeluk benda yang berada di sebelahnya sebab bas sudah mula bergerak dan dia masih lagi berangan melihat lelaki tua yang sudah mengambil tempat. Huh! Tak maco langsung boleh melatah pula.

“Eh, sorry. Sengaja.” Kepala digaru apabila perasan kesilapannya terpeluk si Aus pula. Macam-macam sahaja kejadian yang tidak diingini berlaku ketika dia berdiri di sebelah Aus. Tak pasti dia dibuatnya.

“Peganglah. Nanti jatuh, aku juga yang susah.”

“Kenapa kau pula yang susah?” Iman sudah mula tersipu malu. Ada juga orang yang nak ambil tahu pasal dirinya.

“Yalah. Kau dengan aku, kalau kau dah jadi apa-apa, tak ke aku yang susah?”

Iman mula tersengih dan wajahnya ditundukkan. Malu dengan ayat yang dia dengar. “Terima kasih banyak-banyaklah sebab risaukan aku.”

“Buat apa kau nak risaukan kau? Aku risaukan diri aku. Nanti aku nak turun dekat mana, aku tak tahu.” Aus menjawab selamba

Riak Iman berubah. Kurang asam keping betul punya mamat gila. Mulut tak boleh nak pedas lagi ke? Geram hatinya. Iman terus sahaja memegang palang yang berdekatan dengannya dan matanya memandang ke arah luar. Malas hendak bercakap dengan Aus.

“BRO...sampai tak tu?” Jari telujuk menuding pada punat merah menyala pada dinding atas bas. Rumahnya sudah dekat.

“Kenapa?” Aus yang dari tadi berangan, sedikit terkejut. Minah ni kata sekejap aje. Tapi, dah setengah jam naik bas, tak sampai-sampai juga. Dahlah kena berdiri dari tadi.

“Tekan. Nanti terlepas.”

“Dah sampai ke?” Nada Aus sedikit teruja.

“Yalah. Cepat tekan.” Bersungguh-sungguh Iman menyuruh sampaikan pak cik pemandu bas sudah dapat meneka dan berhenti di perhentian bas di hadapan sana.

Nasib baik sempat, getus Iman lega. Dengan senyuman bangga dia turun dari bas.

“Terima kasih, pak cik.” Aus menundukkan mukanya kepada pak cik bas dengan senyuman sebelum turun. Memang betul-betul berbudi bahasa.

“Jom...” Iman terus sahaja berjalan.

“Oi!”

“Kau ni kan. Memang suka panggil orang oi eh? Jadi aku tukarlah nama aku jadi Oi Yung Jin. Senang sikit.” Spontan keluar nama itu dari mulut Iman. Dia berpaling geram dan memandang tajam ke arah Aus yang tidak jauh daripadanya.

“Bagus juga tu. Senang sikit aku nak panggil. Mana kau bawa aku ni?”

“Dah kau yang nak ikut aku, kan? Aku balik rumah akulah.”

“Oh...eh?” Aus pun berlari-lari anak mendapatkan Iman yang sudah melangkah kembali.

“Kenapa kau berani bawa aku balik rumah kau?”

Aus memang tak sah kalau tak asyik bertanya. Dalam sehari dia boleh tanya berjuta soalan, yang kadang tak masuk akal pun ada.

“Eh, kau ni. Berapa banyak kali nak tanya? Kau memang senang nak hilang ingatan eh? IQ tak tinggi ke?” Dipulangkan kembali paku buah keras kepada Aus.

Aus tersengih. Belakang leher dipegang. “Tak adalah macam tu...”

“Siapa kata aku nak bawa kau balik rumah aku? Kau kata nak belajar naik bas. Aku dah ajar, dah berjaya turun. Dahlah. Kau baliklah rumah kau.”

Aus terkebil-kebil. Lurus pembaris betul minah ni.

Iman menjeling pelik ke arah Aus. Kepalanya menggeleng berkali-kali.

“Macam tu pula. Rumah kau ada orang ke?”

“Adalah adik-adik aku. Dah pukul 2.00 lebih ni. Dah balik sekolah agaknya. Kenapa?”

“Aku tumpang lepak rumah kau sampai petang, boleh? Kau kisah?”

Iman berhenti berjalan. Wajah Aus direnung dengan muka serius. “Kalau aku kata aku orang jahat. Nak culik kau yang kononnya popular ni. Kau percaya tak?” Sambil itu matanya dikecilkan dan didekatkan wajahnya dengan wajah Aus. Siap terpaksa jengket sikit kakinya kerana ketinggian Aus yang melangit itu.

Tawa Aus pecah. “Hah! Lawak gila. Kau ingat aku nak percaya ke? Muka kau innocent gila kau tahu tak? Mananya aku nak percaya.”

Banyak betul perkataan gila yang mamat maraton ni pakai. Dah dia pun gila agaknya. Iman sempat mencebik dalam hati. “Okey. Tak percaya tak apalah. Baguslah. Jom masuk.”

“Sampai dah?” Aus berhenti ketawa tiba-tiba.

“Yalah. Kau ingat aku nak suka-suka masuk rumah orang ke?”

Comments

Popular posts from this blog

Himpunan Doa Pendek & Ringkas Selepas Solat

Apakah doa yang sesuai nak baca selepas solat?

Bagi yang tak tahu, jangan risau..kita sama-sama belajar. Doa yang saya nak share ialah beberapa himpunan doa yang ringkas dan pendek, yang boleh diamalkan untuk dibaca selepas solat fardhu. Banyakkanlah menadah tangan berdoa kerana Allah sentiasa menantikan doa-doa kita.

DOA RINGKAS YANG PERTAMA

DOA RINGKAS YANG KEDUA









Doa Ringkas Selepas Solat (audio)
Untuk doa ringkas yang kedua ini, disertakan sekali dengan video bagi memudahkan anda membacanya dengan bacaan yang betul. Semoga himpunana doa ini menjadi panduan untuk diamalkan setiap kali selepas solat, mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & di akhirat.

9 Cara Untuk Suami Menikmati Payudara/Tetek Isteri

Kajian sains yang dijalankan mendapati lelaki sangat menyukai perempuan yang mempunyai buah dada atau payudara yang besar kerana ia menandakan kemampuan perempuan itu untuk mengandung dan menyusukan anak. Sebab itulah kebanyakan wanita mengalami pembesaran di kawasan buah dada dan punggung kerana disitulah tersimpannya lemak DHA.
Cara untuk membelai isteri yang mempunyai payudara atau tetek yang besar perlu dilakukan dengan lembut kerana kawasan tetek dan puting tetek adalah kawasan yang sensitif. Biasanya wanita yang kali pertama buah dadanya disentuh akan ghairah. Buah dada yang kecil akan membesar jika ianya selalu dibelai, diramas dan dihisap putingnya. Bagi isteri yang buah dadanya selalu dibelai dan diramas, ianya boleh menimbulkan rasa kegelian jika belaian dilakukan secara gelojoh. Suami perlu pandai mempelbagaikan cara untuk menikmati tetek besar isteri. 
Cara Untuk Suami Menikmati Payudara/Tetek Isteri
1. Jangan terus sentuh buah dada isteri terutamanya di bahagian puting …

Juvana 2.2015.DVDRip.MKV.Full Movie

Sinopsis : Filem kedua ini meneruskan kisah Daim, Botak dan Ayam serta rakan-rakan mereka menyesuaikan diri di dunia luar sebaik sahaja hukuman mereka berakhir. Jalan cerita bermula daripada kesinambungan kejadian dalam filem pertama setelah Botak dan Ayam akhirnya dibebaskan lebih awal ekoran penglibatan mereka menyelamatkan orang awam ketika kejadian rusuhan yang dicetuskan oleh Lan Todak, ketua samseng yang memusuhi mereka sebaik sahaja mereka dipindahkan ke Sekolah Indera Sakti.
Setelah bertemu semula rakan-rakan mereka, Botak pulang ke rumah dengan penuh azam untuk memulakan hidup baru bersama ayahnya, manakala Ayam menuju ke rumah Apek untuk menjaga adik-adiknya seperti yang diamanahkan oleh Apek sehingga dia dibebaskan. Bagaimanapun, harapan mereka untuk masa depan yang lebih baik terpadam dalam masa yang amat singkat. Kini, ayah Botak seorang penagih dadah manakala adik Apek pula menjadi konco geng penjenayah yang dikenali sebagai Geng Jebat. Pada masa sama, Daim …