Skip to main content

Baca Novel Online : Kau, Aku, Kita - Karya Novelis Orkid Edyliyne (Bab 3)

AUS memandang sekeliling. Apasal rumah minah ni macam rumah hantu? Ini betul ke ada orang datang sini? Ke...betul dia nak culik aku?

“Apasal kau gelisah pula ni?” Iman bertanya pelik setelah melangkah perlahan ke laman rumahnya. Tadi beria-ia sangat nak ikut. Dah tu muka nak pucat semacam.

“Tak ada apa. Cepatlah. Aku panas ni.” Aus sengaja buat alasan lain. Hatinya tetap dicekalkan untuk mempercayai Iman.

Tapi kalau kena culik pun, best juga. Sempat dia berangan yang Iman ni peminat setianya yang kononnya berlakon tidak kenal dengannya. Kemudian menculiknya dan mulalah timbul babak-babak drama yang begitu romantik. Dah macam klip video lagu Sesucinya Cintamu pula. Lagu yang dinyanyikan oleh Anuar Zain itu.

“Kau nak berdiri aje ke dekat situ?” Iman yang sudah sampai di depan pintu rumahnya bertanya apabila melihat Aus yang asyik tersengih-sengih memeluk tiang pagar.

Aus tersentak kemudian tersengih terus. Ada-ada aje aku ni.

“Man!” Iman menjerit lantang dari luar pintu yang hanya dihalang dengan pintu berjeriji yang berkunci. Pintu kayu terbuka luas.

“Ya!” Iman Adrian menjerit dari dalam. Suaranya ada, orangnya tiada.

“Buka pintu ni. Yuhu...Ada orang ke tidak ni?” Iman sengaja melaga-lagakan mangga dengan pintu jeriji besi itu sehingga mengeluarkan bunyi yang kuat.

“Oi...Orang bagi salamlah. Assalamualaikum...” Siap berlagu-lagu lagi Aus memberi salam. Iman sekadar memandang sinis kepadanya.

“Abang Man, Kak Iman dah balik!” jerit Iman Fazril sambil mendekati pintu, menyambut kakaknya dengan senyuman comelnya.

“Kak Iman balik...” Satu lagi keluar dari dapur. Iman Haris. Entah apa yang digodeknya di dapur sehinggakan dia comot sana sini.

“Kak Iman...Abang Man. Cepatlah buka pintu.” Itu dia Iman Razif. Semakin berduyun adik-adik Iman keluar, menunjukkan wajah mereka, satu per satu.

“Iman...” Iman Asri berbicara dengan pelat lidahnya. Dia hanya berlampin sahaja, merangkak mendekati pintu mengikut perbuatan abang-abangnya.

Aus terkedu dan terkeras memandang adik-adik Iman yang sudah berjuntai-juntai dekat pintu jeriji. “Erk! Ramainya adik kau.”

“Ini baru empat orang. Ada lagi sorang,” kata Iman berbangga. Seketika dia merungut pula. Kesian melihat adik-adiknya yang sudah bagaikan badut sarkas sahaja gayanya memanjat sana sini.

“Isy...Manalah Man ni? Iman Adrian!” jerit Iman lantang. Geram dia dengan adiknya yang seorang itu. Entah apa yang disibuknya sehinggakan orang memanggil, langsung tidak mahu keluar.

Isy, minah ni. Kalau aku ada sakit jantung boleh terkujat aku dekat sini dengar dia menjerit. Ingat ni pasar malam ke apa? Aus mengusap dadanya.

“Apa?” Iman Adrian keluar dari biliknya.

“Boleh tanya kenapa? Baru nak keluar bilik. Bukalah pintu ni.” Hangat membara Iman dikerjakannya.

“Kau keluar tadi macam mana kalau tak bawa kunci? Bodoh ke apa?”

Kurang ajar punya adik. Kau marah aku balik? Hati Iman merengus geram. Kalau sekarang ni pintu dah buka, pasti dia pergi menampar pipi Iman Adrian. Bagi ganyang sikit. Geram sungguh. Iman menggodek sakunya sebelah kiri dan kanan, mencari kunci. Kemudian dia memandang wajah Aus yang terkulat-kulat. Mungkin dia tidak pernah melihat situasi sebegitu.

Masuk sahaja dalam rumah, Iman mula menjalankan tugasnya sebagai kakak sulung. Semenjak ketiadaan mak dan abahnya, dialah menjadi mak untuk memberikan kasih sayang kepada adik-adiknya. Dia jugalah abah yang terpaksa pergi mencari duit untuk membeli makanan mereka.

“Bersepahnya rumah. Macam tongkang pecah. Adik Man, angkat ni,” suruh Iman sambil menyepak baju sekolah Iman Fazril.

Iman Asri yang duduk bergayut di kakinya, Iman angkat. “Ailah, busuk kau ni. Apa kau telan jadi biru bibir kau ni?” Bibir Iman Asri dikesat.

“Man Alang, kau bagi Man Usu makan apa ni?” tanyanya kepada Iman Razif pula.

“Abang Man bagi dia pen tadi sebab dia kacau Abang Man buat kerja sekolah,” adu Iman Razif dengan jujur.

“Man!” jerit Iman lagi. “Budak ni memang tak senonoh tau jaga adik.”

“Kau nak apa lagi? Kau tak nampak ke aku tengah buat kerja sekolah ni?” bentak Iman Adrian. Dia langsung tidak keluar dari biliknya. Melekat sahaja di meja belajarnya.

“Kau bagi adik makan apa ni sampai jadi macam ni? Kau tak boleh bagi benda selamat sikit ke? Kau tahu adik ni tak berakal, kan?” Membebel panjang Iman melihatkan kelakuan adiknya yang seorang itu. Langsung tak nak bekerjasama dengan dia untuk menjaga adik-adik yang lain

“Dah dia sibuk kacau aku buat apa. Memekak ajelah kau ni.”

Iman mengetap bibirnya. Nanti lagi dimarah, ada juga salah seorang yang menangis akhirnya. Terpaksa juga dia mengalah. Wajah Aus dipandang.

“Aus. Kau duduklah. Serabut sikit rumah aku ni.” Iman terus melangkah sambil mengendong Iman Asri.

Aus hanya mengangguk.

“Hui. Yang kau tengok orang macam tu kenapa?” getus Iman kepada Iman Haris sambil lalu berselisih dengan adiknya yang tercegat pandang muka Aus yang sudah duduk di atas lantai.

Iman masuk ke dapur. “Astaghfirullah al-azim...Apa budak-budak ni buat dengan dapur ni?”

“Kak Iman, Man Alang lapar. Cepatlah masak...” Iman Razif memeluk kejap kaki kakaknya. Dengan nada manja dia meminta macam selalu.

“Man Uteh pun lapar.” Iman Haris mencelah.

“Adik Man pun.” Iman Fazril pula.

“Man pun...” Nak juga menjawab si kecil.

“Adik Man dengan Man Uteh tolong Kak Iman kemas ni dulu. Man Alang bawa Man Usu pergi depan. Pergi berbual dengan abang dekat depan tu.”

Iman Asri diletakkan ke atas lantai, membiarkan dia berjalan dengan Iman Razif.

“Tapi kan, Kak Iman, kita nak makan apa? Makan nasi aje ke?” tanya Iman Fazril sambil berdiri sebelah Iman yang baru hendak mengangkat benda yang bertabur di atas lantai dapur.

“Dengan telurlah, macam selalu,” jawab Iman perlahan. Kesian. Dia orang tak faham lagi, tapi dah macam-macam kena lalui. Macam Iman, dia langsung tidak kisah jika beberapa hari tidak makan. Namun, dia tidak sampai hati apabila adik-adiknya mula merengek kelaparan.

“Telur...Abang Man dah makan habis tadi, masa tunggu Kak Iman balik,” adu Iman Fazril lagi.

“Apa?” Iman terus menyelongkar almari. Memang sebiji telur pun tidak ditinggalkan. Setahu Iman, pagi tadi ada lagi empat biji dia simpan. Berkira-kira cukuplah kalau nak buat makan tengah hari itu.

Bergegas Iman melangkah ke bilik Iman Adrian dengan perasaan yang membengkak. Sekilas dia mendengar celoteh dua lagi adiknya dengan Aus. Entah apa yang dibualkan sampaikan boleh ketawa bagai digeletek-geletek.

Masuk bilik, pintu dihempas kuat, mengejutkan Iman Adrian yang duduk melakukan kerjanya. Bukan niatnya untuk hendak mengganggu adiknya membuat kerja sekolah dan sesungguhnya dia faham yang Iman Adrian memang banyak kerja sekolahnya. Dia cuma mahu melampiskan kegeramannya ketika itu. Takkanlah adiknya itu tidak terfikir langsung dengan apa yang dia buat? Adik-adik lain dibiarkan lapar, boleh pula dia mengisi perut dia sendiri saja.

“Kau nak apa?” getus Iman Adrian sambil bangun daripada duduknya.

Jerit lagi kuat! Bagi satu taman ni dengar jeritan kau tu. Iman merenung tajam wajah adik di bawahnya itu. Menjerit-jerit kata hatinya.

“Yang kau habiskan telur tu kenapa? Kau tahu kan benda tu untuk makan tengah hari ni?” tanya Iman perlahan. Semarah mana pun, dia masih boleh lagi mengawal nadanya.

Ada Aus di luar. Dia tidak mahu orang luar dengar masalah di dalam rumahnya. Bukan apa, dia segan dengan apa yang berlaku. Disebabkan telur, dia hendak menengking-nengking adiknya sendiri? Oh, tidak!

“Aku lapar...Kau tu keluar, kau kata cari duit. Mana duitnya? Kenapa kau tak pergi beli yang lain?”

“Tinggikan lagi suara kau tu. Tak cukup pekak lagi aku ni kau kerjakan.” Muka itu ditenung serius.

“Kau ingat senang ke nak cari duit? Kalau senang, dah lamalah aku kaya. Yang kau tu tahunya fikirkan diri sendiri aje kenapa? Dahlah aku suruh kau jaga adik-adik pun kau tak jaga. Ini baru setengah hari aku tinggalkan kau dengan adik-adik. Kalau sehari suntuk aku tinggalkan kau dengan adik-adik, mati terbaliklah agaknya dia orang tu kau kerjakan.

“Kau ni kan...Kau ingat senang ke nak tanggung semua ni? Kau ingat senang eh nak jadi anak sulung ni? Hah! Kena jaga kau orang, kena bagi makan kau orang. Ni semua. Kau ingat, lama lagi ke kita boleh duduk rumah ni? Silap-silap hari bulan kena tendang. Duduk tepi jalan. Kau sukalah macam tu?” Iman membebel panjang. Macam senafas pun ada dia membebelkan adiknya itu. Membuatkan Iman Adrian langsung tidak berkelip mata memandangnya.

“Kau ni memang tak pernah nak jaga hati aku, kan? Kau nak aku aje jaga hati kau. Kalau bukan disebabkan kau ni adik aku, dah lama aku hantar kau rumah anak yatim. Kau tahu?” gumam Iman dan terus keluar dari bilik. Dah nama pun perempuan. Kalau air mata tidak mengalir kerana bergaduh tu memang hati tak lembutlah tu.

Iman terus melulu pergi ke dapur. Dia duduk mencangkung dekat pintu belakang. Pening kepala dibuatnya dengan kerenah adik-adiknya sediri. Lima kepala, lima kerenah.

Seringgit tadi aku tak guna, kan? Dapat rasanya empat biji telur. Hatinya mula berkira-kira hendak menyediakan makan tengah hari untuk tujuh mulut. Termasuk yang satu itu. Aus. Dalam dia meleleh tak tentu pasal, suara Aus menyapanya.

“Iman...”

Air mata dilap sebelum berpaling, memberi respons dengan bibir yang sengaja diukirkan senyuman. “Apa? Kau dah nak balik ke?”

Iman memanggungkan mukanya memandangkan Aus berdiri di belakangnya. Terkesima seketika dibuatnya bila tengok muka Aus. Baju sejuk, cermin mata hitam dan topi yang dipakainya tadi sudah tiada. Terkebil-kebil Iman memadang muka Aus yang...macam pelakon dah...

“Yang kau ternganga sampaikan terliur tu kenapa?” getus Aus, membuatkan Iman terperanjat dan memegang mulutnya.

Apa kau ni, Iman. Macam tak pernah nampak lelaki aje. Iman membentak dalam hati. “Apa? Mana ada.” Tepi bibir dilap pantas.

“Mana ada...” cebik Aus sambil meniru lagak Iman.

“Kenapa kau gaduh dengan adik kau?” tambah Aus sambil memandang sekeliling. Ini tongkang pecah pun kalah ni.

“Tak ada apa-apalah.”

Aus tersenyum. “Aku laparlah. Aku tumpang makan rumah kau boleh? Aku dengan adik kau pergi beli barangnya. Kau masak. Jadi, boleh makan sekali. Kira itu upah kau masak untuk akulah, nak?” cadang Aus penuh semangat.

“Kau ni kenapa baik sangat dengan aku? Kau tak kenal aku siapa. Tiba-tiba kau nak tolong aku itu ini. Aku tak perlukan bantuanlah, Aus. Tak payahlah kau nak kesiankan aku.” Iman bangun dan mula mengemas periuk yang bertaburan.

“Siapa kata aku nak kesiankan kau? Kalau aku kesiankan kau, aku pergi tempah makan mana-mana lepas tu kita makan...Hah! Itu baru ayat kesiankan kau. Kalau aku suruh kau masak dan ganjarannya sepinggan seorang nasi, untuk kau dan adik-adik kau, itu bukannya ayat nak kesiankan kau.”

Dia ni kan. Ada aje ayat dia nak kenakan aku balik. Belasah nanti, baru menyesal kenakan aku, gumam Iman dalam hati sambil mengetap bibir.

“Nak tak? Aku tengok adik-adik kau tu lapar aje. Tu Asri, nak susu tu. Takkan kau nak sumbat budak tu nasi kosong?”

Iman mencebik. Asri...Man Usulah!

“Dah biasa aku sental nasi aje. Dah aku tak mampu, nak buat macam mana. Yang penting dia tak kebulur.”

“Kau ni. Dahlah, aku pergi ni. Aku bawa Fazril dengan Haris sekali.” Aus terus berlalu ke depan semula.

“Suka-suka aje tukar semua nama panggilan untuk adik-adik aku. Mak dengan abahlah ni suka sangat nama Iman tu...habis semua dia bubuh nama anak dia mula dengan Iman. Hailah...” Iman membebel sendiri.

“Iman.”

“Apa lagi dia ni? Terkejut aku,” latah Iman perlahan.

“Ada gas tak?” tanya Aus. Selamba saja muka dia.

Iman menuju ke dapur untuk dihidupkan. “Ad...” Kurang asam punya dapur. Waktu macam ni kau tak nak hidup apinya, omel Iman dalam hati.

“Tak adalah tu. Dah...aku pergi ni.” Lagak macam seorang suami kepada isterinya.

Comments

Popular posts from this blog

Himpunan Doa Pendek & Ringkas Selepas Solat

Apakah doa yang sesuai nak baca selepas solat?

Bagi yang tak tahu, jangan risau..kita sama-sama belajar. Doa yang saya nak share ialah beberapa himpunan doa yang ringkas dan pendek, yang boleh diamalkan untuk dibaca selepas solat fardhu. Banyakkanlah menadah tangan berdoa kerana Allah sentiasa menantikan doa-doa kita.

DOA RINGKAS YANG PERTAMA

DOA RINGKAS YANG KEDUA









Doa Ringkas Selepas Solat (audio)
Untuk doa ringkas yang kedua ini, disertakan sekali dengan video bagi memudahkan anda membacanya dengan bacaan yang betul. Semoga himpunana doa ini menjadi panduan untuk diamalkan setiap kali selepas solat, mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & di akhirat.

9 Cara Untuk Suami Menikmati Payudara/Tetek Isteri

Kajian sains yang dijalankan mendapati lelaki sangat menyukai perempuan yang mempunyai buah dada atau payudara yang besar kerana ia menandakan kemampuan perempuan itu untuk mengandung dan menyusukan anak. Sebab itulah kebanyakan wanita mengalami pembesaran di kawasan buah dada dan punggung kerana disitulah tersimpannya lemak DHA.
Cara untuk membelai isteri yang mempunyai payudara atau tetek yang besar perlu dilakukan dengan lembut kerana kawasan tetek dan puting tetek adalah kawasan yang sensitif. Biasanya wanita yang kali pertama buah dadanya disentuh akan ghairah. Buah dada yang kecil akan membesar jika ianya selalu dibelai, diramas dan dihisap putingnya. Bagi isteri yang buah dadanya selalu dibelai dan diramas, ianya boleh menimbulkan rasa kegelian jika belaian dilakukan secara gelojoh. Suami perlu pandai mempelbagaikan cara untuk menikmati tetek besar isteri. 
Cara Untuk Suami Menikmati Payudara/Tetek Isteri
1. Jangan terus sentuh buah dada isteri terutamanya di bahagian puting …

Juvana 2.2015.DVDRip.MKV.Full Movie

Sinopsis : Filem kedua ini meneruskan kisah Daim, Botak dan Ayam serta rakan-rakan mereka menyesuaikan diri di dunia luar sebaik sahaja hukuman mereka berakhir. Jalan cerita bermula daripada kesinambungan kejadian dalam filem pertama setelah Botak dan Ayam akhirnya dibebaskan lebih awal ekoran penglibatan mereka menyelamatkan orang awam ketika kejadian rusuhan yang dicetuskan oleh Lan Todak, ketua samseng yang memusuhi mereka sebaik sahaja mereka dipindahkan ke Sekolah Indera Sakti.
Setelah bertemu semula rakan-rakan mereka, Botak pulang ke rumah dengan penuh azam untuk memulakan hidup baru bersama ayahnya, manakala Ayam menuju ke rumah Apek untuk menjaga adik-adiknya seperti yang diamanahkan oleh Apek sehingga dia dibebaskan. Bagaimanapun, harapan mereka untuk masa depan yang lebih baik terpadam dalam masa yang amat singkat. Kini, ayah Botak seorang penagih dadah manakala adik Apek pula menjadi konco geng penjenayah yang dikenali sebagai Geng Jebat. Pada masa sama, Daim …